Utusan Borneo (Sabah)

Kvitova ungguli Eastbourne, bersiap sedia untuk kejohanan Wimbledon

-

EASTBOURNE: Petra Kvitova membuat persediaan untuk kejohanan Wimbledon dengan memenangi kejuaraan perseorang­an yang pertama di Eastbourne apabila menewaskan Jelena Ostapenko 6-3 dan 6-2 di final pada Sabtu.

Kvitovamem­erlukanhan­ya 77 minit untuk menewaskan bekas juara Terbuka Perancis ketika pemain veteran dari Republik Czech itu mempamerka­n aksi bertenaga di permukaan tenis yang membolehka­nnya memenangi dua kejuaraan Wimbledon sebelum ini.

Pemain berusia 32 tahun itu, yang tewas di final di sini pad 2011 kepada Marion Bartoli, menamatkan penguasaan Ostapenka pada kejohanan di sini dengan bergaya apabila tidak memberikan sebarang kepada jaguh dari Latvia itu.

“Saya sudah merasai kekalahan di final, jadi saya fikir saya bertuah. Bermain di permukaan rumput adalah sangat istimewa bagi saya, terutama sekali apabila anda melangkah ke permukaan yang cantik seperti di sini,” kata Kvitova.

“Ia benar-benar menarik bermain di hadapan penonton sekali lagi; semasa pandemik, ia benar-benar sukar, ia satu perasaan yang lebih baik.”

Kejuaraan perseorang­an yang ke-29 Kvitova dalam kariernya adalah pembakar semangat menjelang perlawanan pusingan pertama Wimbledon menentang Jasmine Paolini dari Itali.

Kvitova memenangi kejuaraan Wimbledon yang pertama pad 2011 dan yang kedua pada 2014.

Kali terakhir dia melangkah ke final satu kejohanan Grand Slam ialah di Terbuka Australia pada 2019.

Pemain terakhir yang memenangi kejuaraan di Eastbourne dan kemudian juara di Wimbledon pada tahun yang sama ialah mendiang Jana Novotna, juga dari Czech pada 1998.

Ditanya tentang rakan senegarany­a itu, yang meninggal dunia pada usia 49 tahun pad 2017, Kvitova berkata: “Ia sentiasa menarik untuk memikirkan tentang Jana.

“Dia mempunyai begitu banyak perlawanan hebat, bukan hanya di sini tetapi di Wimbledon.

“Saya gembira kerana kami dapat bermain pada kejohanan hebat seperti di sini. Ia adalah persediaan terbaik untuk Wimbledon.”

Hari yang malang buat Ospatenko menjadi lebih buruk apabila kecederaan ibu jari kaki memaksanya menarik diri dari final bergu wanita, dengan pasangan Aleksandra Krunic dan Magda Linette mendapat kemenangan percuma.

Dalam perseorang­an lelaki, pemain ranking ke-14 dunia, Taylor Fritz, menewaskan rakan senegarany­a dari Amerika Syarikat (AS), Maxime Cressy.

Pemain berusia 24 tahun itu, yang pernah menang di sini pad 2019, menangani debaran pada permainan tiebreak set penentuan sebelum menang 6-2, 6-7 (4/7) dan 7-6 (7/4).

Fritz berasa sangat yakin menjelang Wimbledon, di mana dia diletakkan sebagai pilihan ke-11 kejohanan dan akan memulakan kempen dengan menentang Lorenzo Musetti di pusingan pertama.

“Apabila saya tiba di sini, saya sudah merasakan saya bermain lebih baik berbanding sebelum ke sini, jadi ini sentiasa tempat yang begitu istimewa di hati saya,” kata Fritz.

“Musim di permukaan rumput saya tidak memberangs­angkan sebelum ke sini. Ia satu perasaan yang hebat untuk mendapat semula keyakinan dengan memenangi kejuaraan di sini dan saya akan ke Wimbledon dengan penuh bersemanga­t.”

 ?? ?? KVITOVA
KVITOVA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia