Utusan Borneo (Sabah)

Djokovic berkeras enggan divaksin, tidak akan menyertai Grand Slam

-

LONDON: Novak Djokovic mengulangi pendirian tegasnya untuk tidak mendapat vaksin COVID-19 pada Sabtu ketika dia mengakui bakal tidak menyertai kejohanan Grand Slam terakhir tahun ini di Terbuka Amerika (AS).

Djokovic diarahkan meninggalk­an Melbourne pada bulan Januari kerana pendirian kontrovers­i untuk tidak mengambil vaksin COVID19, memaksanya melupakan hasrat memburu kejuaraan Terbuka Australia buat kali ke-10.

Dengan tiada petanda bahawa pihak berkuasa AS melonggark­an syarat kemasukan semua pelawat luar wajib vaksin, pemain berusia 35 tahun dari Serbia itu pada Sabtu mengakui bahawa kejohanan Wimbledon, yang bermula hari ini, akan merupakan kejohanan Grand Slam terakhirny­a pada tahun ini.

Apabila ditanya jika dia sudah menutup fikiran untuk mendapatka­n vaksin, dia menjawab dengan jelas. “Ya,” katanya. Djokovic adalah juara Terbuka AS pad 2011, 2015 dan 2018.

Dia memiliki 20 kejuaraan Grand Slam sementara pesaing tradisinya, Rafael Nadal, sudah memiliki 22 kejuaraan.

Tahun lepas, tewas di final kepada Daniil Medvedev, sekali gus menafikan peluang untuk menjadi pemain pertama sejak 1969 yang memenangi Kalendar Grand Slam, memenangi kesemua empat kejuaraan Grand Slam pada tahun yang sama.

Tidak layak datang ke AS — di mana dia terlepas kejohanan Siri Master di Indian Wells dan Miami – akan menjadi pembakar semangat untuk memburu kejuaraan Wimbledon yang ketujuh.

“Sehingga hari ini, saya tidak dibenarkan memasuki Amerika dalam situasi semasa. Ia adalah motivasi tambahan untuk beraksi dengan baik di sini. Saya berharap saya akan mengharung­i kejohanan yang sangat bagus,” kata Djokovic.

“Saya sememangny­a mahu pergi ke AS tetapi sehingga hari ini, ia mustahil. Tiada banyak yang dapat saya lakukan.

“Ia bergantung kepada kerajaan AS untuk membuat keputusan sama ada mereka membenarka­n orang yang tidak divaksin pergi ke negara itu atau tidak.”

Turut membakar semangat Djokovic ialah peluang untuk memenangi kejuaraan Wimbledon untuk kali keempat berturut-turut dan tersenarai golongan pemain luar biasa.

Dalam era Terbuka, hanya Bjorn Borg, Pete Sampras dan Roger Federer berjaya memenangi empat kejuaraan Wimbledon secara berturuttu­rut.

“Ketika berusia tujuh atau lapan tahun, saya mengimpika­n untuk memenangi kejuaraan Wimbledon dan menjadi pemain nombor satu dunia,” tambahnya.

“Pete Sampras memenangi kejuaraan Wimbledon yang pertamanya adalah perlawanan tenis pertama yang saya tonton di TV.”

 ?? ?? DJOKOVIC
DJOKOVIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia