Utusan Borneo (Sabah)

LHDN Labuan laksana CSR di SMA MAIWPL

-

LABUAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Labuan mengadakan Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n Labuan (SMA MAIWPL) baru-baru ini.

CSR itu diadakan sempena Program Lawatan Konsultasi Hasil (LKH) dan Keluarga Hasil & Komuniti (HATI) peringkat Nasional 1/2022 dan dihadiri 20 guru SMA MAIWPL dan serta kakitangan LHDN Cawangan Labuan.

Pengarah LHDN Cawangan Labuan Hairul Anuar Samsudin mengetuai 14 pegawai LHDN yang disambut Pengetua SMA MAIWP Labuan Mohd Hasnizan Hasin.

Mohd Hasnizan mengucapka­n ribuan terima kasih kepada LHDN Cawangan Labuan kerana memilih SMA MAIWP Labuan sebagai tempat program CSR LHDN pada tahun ini.

“Semoga usaha murni LHDN Cawangan Labuan ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk manfaat masyarakat dan komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata, SMA MAIWP setakat ini mempunyai 250 pelajar membabitka­n tingkatan satu sehingga lima.

Katanya, antara sumbangan yang diberikan oleh LHDN adalah 10 unit mesin pencetak.

Antara pengisian dalam program itu termasuk penyampaia­n sumbangan CSR, tandatanga­n akuan terima sumbangan CSR dan penyampaia­n cenderamat­a dari LHDN Cawangan Labuan.

Turut diadakan ceramah hasil yang disampaika­n oleh Timbalan Pegawai Khidmat Pelanggan Saiful Salihin Beton.

 ?? ?? KENANGAN: Pegawai LHDN Cawangan Labuan dan guru SMA MAIWPL merakamkan kenangan bersama Hairul Anuar dan Mohd Hasnizan (kanan).
KENANGAN: Pegawai LHDN Cawangan Labuan dan guru SMA MAIWPL merakamkan kenangan bersama Hairul Anuar dan Mohd Hasnizan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia