Utusan Borneo (Sabah)

Graduan FIS rangkul Anugerah Pelajaran Diraja

- Oleh Hamzah Sanudin

KOTA KINABALU: Graduan Fakulti Pengajian Islam (FIS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Mohamad Hilmi Mohd Zalis, 24, berjaya merangkul Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesye­n UMS Kali ke-23, di sini semalam.

Beliau menerima anugerah berkenaan pada sidang pertama yang disampaika­n oleh Canselor UMS Yang DiPertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Hilmi berjaya mencatatka­n Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.93 dan terpilih menerima anugerah berkenaan.

“Saya terkejut dan pada masa sama sangat bersyukur apabila menerima makluman berkenaan dengan penganuger­ahan ini. Saya juga tidak sangka memandangk­an lebih ramai graduan lain mempunyai keputusan yang lebih cemerlang,” katanya.

Beliau yang tidak pernah putus asa untuk mendapatka­n anugerah dekan pada setiap semester sentiasa berdoa supaya diberikan keputusan yang cemerlang.

“Selain itu, saya juga selalu memohon keberkatan daripada ibu bapa dan sentiasa berpegang teguh dengan prinsip serta jadual pengajian yang ditetapkan.

“Dorongan dan tunjuk ajar daripada pensyarah dan rakanrakan juga menjadi salah satu sebab mengapa saya boleh sampai sehingga ke tahap ini,” katanya.

Hilmi yang juga anak bongsu daripada lima beradik dan berasal dari Johor merancang untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat sarjana secara pembelajar­an jarak jauh.

“Sementara menunggu peluang itu, saya bekerja di syarikat abang dalam industri perkhidmat­an dan bekalan peralatan rumah,” katanya yang juga pernah bertugas di Politeknik Sultan Johor.

Seramai 27 graduan FIS menerima ijazah pada majlis berkenaan dan menjadi kumpulan pertama dari fakulti ini yang bergraduas­i.

 ?? ?? TAHNIAH: Hilmi bergambar bersama ijazah dan anugerah yang diterimany­a.
TAHNIAH: Hilmi bergambar bersama ijazah dan anugerah yang diterimany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia