Utusan Borneo (Sabah)

Rekod kes denggi Kg Sri Pandan membimbang­kan

-

PUTATAN: Kampung Sri Pandan di sini dipilih sebagai lokasi acara Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Negeri Sabah.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Shahelmey Yahya berkata, pemilihan itu berikutan peningkata­n kes denggi yang membimbang­kan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang direkodkan di kampung berkenaan.

“Setakat ini, Kampung Sri Pandan merekodkan peningkata­n sebanyak 10 kes denggi berbanding tahun lepas.

“Justeru, program yang diadakan serentak di seluruh negara ini adalah sebagai satu langkah untuk menyedarka­n masyarakat agar kita sentiasa menjaga kebersihan kawasan persekitar­an dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap sempena program itu Sabtu lepas.

Selain itu, Shahelmey turut menyeru penduduk kampung dan orang ramai supaya tidak memandang ringan akan penularan wabak berkenaan dalam kalangan penduduk di negeri ini.

“Walaupun denggi adalah wabak yang sudah lama didengar, kita harus sentiasa waspada dan mengambil langkah untuk mencegah wabak ini dari terus merebak.

“Justeru itu, saya menyeru semua terutama penduduk di sekitar daerah Putatan untuk bersama-sama membudayak­an semangat gotong-royong membersihk­an kawasan persekitar­an kita bagi mengelakka­n pembiakan nyamuk aedes yang menjadi agen penyebaran wabak denggi.

“Semangat ini juga selaras dengan kempen Putatan Bersih yang dilancarka­n pada April tahun ini,” jelasnya.

Program Gotong-Royong Mega berkenaan bermula seawal jam 7.30 pagi disertai oleh 350 orang terdiri daripada penduduk kampung dan kakitangan dari pelbagai agensi kerajaan.

Ia termasuk Pejabat Daerah Putatan, Jabatan Air Negeri Sabah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pejabat Polis Daerah Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia