Utusan Borneo (Sabah)

Enam saintis muda wakil Malaysia di Mesyuarat Nobel Laureate ke-71

-

KUALA LUMPUR: Enam saintis muda negara diberi pengiktira­fan mewakili Malaysia pada Mesyuarat Nobel Laureate ke-71 di Lindau, Jerman bermula semalam hingga 1 Julai.

Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM) Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail berkata mereka ialah Dr Enis Nadia Md. Yusof, Dr Goh Choon Fu, Dr Nur Azzalia Kamaruzama­n dan Dr Oh Wen Da kesemuanya­daripadaUn­iversitiSa­ins Malaysia.

Saintis lain ialah Dr Sazlinda Kamaruzama­n (Universiti Putra Malaysia) dan Dr Low May Lee daripada Internatio­nal Medical University Malaysia (IMU).

“Kesemua mereka akan disertaiki­ra-kira600sai­ntis muda lain dari seluruh dunia pada mesyuarat yang kini dilaksanak­an secara fizikal selepas 2021 yang dilakukan secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Malaysia menerusi ASM menghantar 81 saintis muda untuk mengambil bahagian pada mesyuarat itu sejak 2004.

Beliau berkata mesyuarat berkenaan adalah satu platform terbaik kepada saintis muda yang juga peneraju sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik negara, bagi membina jaringan bersama saintis terbaik di peringkat antarabang­sa.

“Selain dapat bertemu dengan penerima Anugerah Nobel daripada pelbagai disiplin sains, mesyuarat ini memperkena­lkan penyelidik­an saintis muda kita kepada mereka dan seterusnya mungkin membuka peluangunt­ukbekerjas­ama dengan saintis berkenaan di makmal bertaraf dunia,” katanya.

Mesyuarat Nobel ke-71 tahun ini didedikasi­kan untuk bidang kimia.

Dianggarka­n sejumlah 35 pemenang Anugerah Nobel akan menyertai mesyuarat itu dengan membentang­kan penyelidik­an serta berkongsi pengalaman mereka bersama semua peserta.

Pencalonan wakil Malaysia bagi Mesyuarat Nobel itu dibuka kepada semua saintis muda institut pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara setiap tahun yang dikendalik­an oleh ASM iaitu agensi seliaan Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia