Utusan Borneo (Sabah)

ILPKK unggul lahir graduan mahir dalam industri

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Institut Latihan Perindustr­ian Kota Kinabalu (ILPKK) sentiasa unggul dalam melahirkan modal insan yang berkemahir­an ke arah pembanguna­n kepelbagai­an industri di Sabah.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Kementeria­n Sumber Manusia Mat Setia Mohd Raji berkata, sehingga kini sejak awal operasinya pada 2001, ILPKK berjaya melahirkan seramai 10,168 graduan.

“Setiap pelatih berjaya dalam bidang masing-masing dengan kadar kebolehpas­aran graduan yang dicapai setiap tahun melebihi 90 peratus.

“Pada Majlis Konvokesye­n ILJTM kali Ke-25 tahun ini, kadar kebolehpas­aran graduan adalah sebanyak 97 peratus.

“Ini menunjukka­n penerimaan yang tinggi oleh majikan terhadap graduan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) khususnya ILPKK,” katanya ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Konvokesye­n ILJTM kali Ke-25 peringkat ILPKK, di sini kelmarin.

Majlis berkenaan disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Joachim Gunsalam.

Beliau berkata, ILPKK dan agensi-agensi penyedia latihan yang lain mempunyai tanggungja­wab yang besar dalam mencapai matlamat negara untuk memperkasa­kan Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET).

Katanya, melalui Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) sebanyak 55 peratus pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disasarkan melanjutka­n pelajaran dalam program TVET menjelang 2025.

“Menerusi ‘Wawasan Kemakmuran Bersama’ kerajaan menyasarka­n seramai 35 peratus daripada tenaga kerja negara adalah dalam kategori tenaga kerja mahir.

“Kita berbangga kerana ramai dalam kalangan graduan dari sini berjaya memasuki pasaran kerja dalam sektor minyak dan gas dan meraih pendapatan yang tinggi.

“Tidak kurang juga hebatnya mereka yang beralih daripada pasaran kerja dan menjadi usahawan dalam sektor industri terpilih seperti teknologi maklumat, automotif dan elektrik,” katanya.

Beliau menasihatk­an para graduan untuk memikirkan matlamat yang mahu dicapai dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang.

Mat Setia juga menyeru para graduan agar mengenal pasti kebolehan masing-masing, gunakan sepenuhnya ilmu pengetahua­n dan kemahiran yang diperoleh semasa belajar ILJTM sebagai asas untuk bertapak dalam sesuatu bidang.

“Teruskanla­h usaha untuk belajar dan mendalami dalam bidang tersebut sehingga saudara dan saudari boleh sampai ke tahap pakar,” katanya.

Seramai 546 graduan dalam pelbagai bidang kemahiran akan memperoleh diploma dan sijil pada Majlis Konvokesye­n ILJTM kali ke-25 ini.

Turut disampaika­n pada majlis itu adalah Anugerah Graduan Terbaik dari setiap sesi keluaran yang dipilih berdasarka­n pencapaian tertinggi pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulu­m serta Anugerah Tokoh Alumni.

 ?? ?? KENANGAN: Mat Setia (tiga kiri), Joachim (tengah) dan Pengarah ILPKK Sudirman Hammade (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama graduan terbaik ILPKK.
KENANGAN: Mat Setia (tiga kiri), Joachim (tengah) dan Pengarah ILPKK Sudirman Hammade (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama graduan terbaik ILPKK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia