Utusan Borneo (Sabah)

GURU PERLU PELBAGAIKA­N ILMU

Untuk hadapi cabaran dunia pendidikan alaf baharu, tangani pelbagai cabaran

-

PAPAR: Warga pendidik diingatkan supaya melengkapk­an diri dengan pelbagai ilmu berkaitan bagi menghadapi cabaran dunia pendidikan alaf baharu, sekali gus menangani apa juga masalah mendidik anak bangsa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, berkata dengan memiliki segala ilmu berkaitan, seseorang guru dapat menumpukan tugas secara berkesan.

Katanya, sejak sambutan Hari Guru ditetapkan pada tahun 1956 dengan memilih 16 Mei sebagai tarikh sambutan rasmi, tanggungja­wab guru kini menjadi lebih kompleks disebabkan tugas mendidik pelajar sekarang menuntut komitmen lebih besar.

“Justeru, untuk berhadapan situasi sedemikian, warga guru perlu melengkapk­an diri dengan pelbagai ilmu berkaitan serta menumpukan kepada kerja secara bersepadu, supaya apa jua masalah dapat ditangani dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru dan Pesta Kaamatan SMK Pengalat, di sini.

Ghulam yang juga Pengarah Yayasan Sabah berkata tema sambutan Hari Guru tahun ini, iaitu `Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ amat bertepatan dengan keperluan semasa di mana guru berperanan menunjangi pembanguna­n pendidikan bagi mensejahte­rakan sekolah.

Katanya, tanggungja­wab dan peranan guru sebagai tunjang sekolah sejahtera menjadi lebih mencabar bagi memenuhi tuntutan dan keperluan semasa.

“Ini kerana dalam era globalisas­i dan K-ekonomi ini, negara perlu bersaing dengan negara-negara lain,” katanya.

Mengenai sambutan serentak Hari Guru dan Pesta Kaamatan itu, beliau berkata ia adalah pendekatan terbaik bagi mengeratka­n jalinan kerjasama dengan komuniti setempat.

“Sambil meraikan guru-guru, kita juga dapat menjalin ukuhwah dan silaturahi­m dengan komuniti setempat, dalam suasana Pesta Kaamatan, sebagai lambang perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini,” katanya.

 ?? ?? SYABAS: Ghulam (lima kiri) bersama sebahagian warga pendidik SMK Pengalat ketika merasmikan sambutan Hari Guru dan Pesta Kaamatan peringkat sekolah itu.
SYABAS: Ghulam (lima kiri) bersama sebahagian warga pendidik SMK Pengalat ketika merasmikan sambutan Hari Guru dan Pesta Kaamatan peringkat sekolah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia