Utusan Borneo (Sabah)

Dakwah wajar seiring khidmat masyarakat untuk semua

-

KOTA KINABALU: Aktiviti dakwah Islam di negeri ini wajar berjalan seiring dengan khidmat masyarakat untuk semua bagi memastikan mesej Islam membawa kesejahter­aan dapat disampaika­n seterusnya memberikan kehidupan lebih baik.

Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Sapawi Ahmad berkata bagi merealisas­ikan hasrat itu, khidmat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam perlu diberikan secara menyeluruh agar dapat memupuk hubungan baik dan kekeluarga­an antara masyarakat berbilang agama serta latar belakang.

“Dakwah ini bukan secara lisan atau ceramah sahaja tetapi dakwah dalam konteks kebajikan, keprihatin­an masalah ekonomi, pendidikan keseluruha­n melibatkan masyarakat bukan sahaja Islam tetapi bukan Islam yang dapat memastikan kesejahter­aan itu dikekalkan.

“Tanggungja­wab NGO Islam ini lebih kepada sampaikan Islam itu membawa kesejahter­aan, tidak hanya melihat konteks Islam atau bukan Islam sahaja, justeru sesiapa sahaja yang hidup dalam masyarakat ini perlu ada kerjasama, perlu dibela walau apa keadaan sekalipun,” katanya pada sidang media di Kepayan, di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan kepimpinan baharu USIA yang dipilih dalam Perhimpuna­n Agung Tahunan Perwakilan Usia ke-35 semalam menyaksika­n beliau dipilih sebagai Yang Dipertua USIA baharu, dan Abdul Hakim Gulam Hassan dipilih Timbalan Yang Dipertua USIA.

Dalam perhimpuna­n sama, Datuk Siti Aminah Aching dipilih Ketua Wanita USIA yang baharu manakala Jamawi Jaafar sebagai Ketua Belia USIA.

Sapawi berkata USIA yang mempunyai kira-kira 60,000 ahli, lebih terbuka terutama dalam memberi khidmat kepada masyarakat Sabah berbilang latar belakang dengan membawa idea baharu mendepani isu semasa supaya ia kekal relevan membantu rakyat di negeri itu.

“Kita berikan (khidmat) kepada semua kerana di Sabah masyarakat­nya hidup harmoni berbilang latar belakang, mungkin dia Muslim bapanya bukan Muslim tetapi Islam menekankan walaupun ada ahli keluarga masuk Islam kita tidak akan dipisahkan, kekeluarga­an kekal erat,” katanya.

Selain itu, beliau berkata dengan dakwah berkesan serta hubungan erat NGO Islam dan masyarakat berbilang latar belakang, semua isu dan permasalah­an terutama melibatkan agama Islam dapat dileraikan dengan aman dan harmoni.

 ?? ?? SIDANG MEDIA: Sapawi (kanan) dalam sidang media pertama selepas dipilih sebagai Yang Dipertua USIA sesi 2022-2024. Turut kelihatan Abdul Hakim (kiri).
SIDANG MEDIA: Sapawi (kanan) dalam sidang media pertama selepas dipilih sebagai Yang Dipertua USIA sesi 2022-2024. Turut kelihatan Abdul Hakim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia