Utusan Borneo (Sabah)

Kes denggi meningkat di Labuan, satu kes malaria dilaporkan

-

LABUAN: Labuan mencatatka­n peningkata­n 275 peratus kes denggi dengan 15 kes direkodkan sejak Januari hingga kini berbanding empat kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pulau bebas cukai itu juga merekodkan satu kes baharu malaria.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata memandangk­an trend kes denggi semakin meningkat di kebanyakan kampung, aktiviti pemantauan rutin dan penguranga­n sumber telah dipergiatk­an.

Beliau berkata peringatan telah dikeluarka­n kepada orang awam dan pemilik premis untuk memastikan pembuangan sisa pepejal yang berkesan bagi membantu mencegah pembiakan nyamuk.

“Semua bangunan kerajaan dan swasta termasuk premis komersial akan diperiksa untuk kemungkina­n pembiakan nyamuk,” katanya kepada Bernama semalam sempena Hari Denggi ASEAN peringkat Labuan.

Dr Ismuni berkata meningkatk­an kesedaran dan menghapusk­an tempat pembiakan vektor adalah antara langkah yang boleh membantu mengawal penyakit ini.

Program Gotong-Royong Perdana Mega 1.0 Perangi Aedes dilancarka­n pada Ahad, dengan tumpuan di kawasan kampung yang berhampira­n penempatan setinggan.

“Kampung berkenaan dikenal pasti mempunyai kes denggi, program ini perlu bagi memberi kesedaran kepada penduduk kampung mengenai peningkata­n kes denggi di kawasan masing-masing,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia