Utusan Borneo (Sabah)

MTCC taja ‘Anugerah Freezailah’ UMS buat kali ke-5

- Oleh Hamzah Sanudin

KOTA KINABALU: Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) menaja Anugerah Kelestaria­n Hutan Freezailah kepada graduan Fakulti Perhutanan Tropika (FPT), Universiti Malaysia Sabah (UMS) buat kali yang kelima.

Graduan program Perladanga­n Hutan dan Perhutani Hiew Suet Enn, 25, telah dipilih pemenang anugerah tersebut pada majlis Konvokesye­n UMS ke-23, di sini kelmarin.

Beliau dipilih kerana kecemerlan­gan akademik dan tesis bertajuk ‘Detection Rate And Activity Pattern Of Tembadau (Bos Javanicus Low) In Salt Lick And Non Salt Lick Areas At Segaliud Lokan Forest Reserve, Sandakan, Sabah’.

Dengan penganuger­ahan tersebut, Suet Enn yang juga penerima Kelas Satu dengan PNGK 3.81 membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.

Penyampaia­n anugerah disampaika­n ahli pemegang saham MTCC, Datuk Zainie Abdul Aucasa selepas sidang tiga majlis konvokesye­n tersebut.

Zainie berkata, Suet Enn telah dipilih daripada tiga pencalonan yang menampilka­n projek akhir tahun berkaitan pengurusan hutan mampan, pensijilan hutan, pengurusan sumber semula jadi, penilaian impak alam serta penggunaan produk kayu dan hasil hutan bukan kayu.

“Kami berharap data asas yang diperolehi daripada kajian Suet Enn dapat membantu Unit Pengurusan Hutan Simpan Segaliud Lokan untuk terus memenuhi keperluan standard Kriteria dan Pengurusan Hutan Mampan.

“Anugerah ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada graduan lain untuk menyumbang­kan idea, pengetahua­n dan kemahiran mereka bagi memastikan kelestaria­n sumber semula jadi di Malaysia,” katanya.

Sementara Suet Enn ketika ditemui berkata kajian yang dilakukan adalah mengenai Tembadau yang merupakan sejenis lembu liar hampir pupus di kepulauan Borneo terutamany­a di Sabah.

“Saya melakukan kajian ini di Unit Pengurusan Hutan Simpan Segaliud Lokan kerana Tembadau sering dilihat di hutan tersebut.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada Pensyarah Kanan, Program Perladanga­n Hutan dan Perhutani, FPT, Dr. Jephte Sompud selaku penyelia tesis kami,” katanya.

Untuk rekod, anugerah ini mula diberikan pada tahun 2016 bagi menghargai jasa Pengerusi Pengasas Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC), Dato’ Dr Freezailah Che Yeom, yang telah berkhidmat selama 17 tahun.

 ?? ?? ANUGERAH: Suet Enn menerima anugerah tersebut yang disampaika­n oleh Pro-Canselor UMS, Tan Sri Azman Hashim.
ANUGERAH: Suet Enn menerima anugerah tersebut yang disampaika­n oleh Pro-Canselor UMS, Tan Sri Azman Hashim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia