Utusan Borneo (Sabah)

Graduan UMS diingatkan jauhi amalan rasuah: Azman

- Oleh Hamzah Sanudin

KOTA KINABALU: Graduan perlu menerapkan nilainilai yang berkualiti supaya tidak terjerumus ke dalam kancah rasuah.

Penasihat Kehormat Ambank Group merangkap Pro Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tan Sri Azman Hashim berkata rasuah hanya merugikan negara dan tidak boleh bertolak ansur terhadap perbuatan tersebut.

“Rasuah sudah menjadi endemik dalam kehidupan dan budaya di Malaysia, malah isu seperti penyeludup­an minyak, manusia dan pembelian kad pengenalan haram banyak dikaitkan dengan pihak tertentu.

“Terlalu banyak ‘telur busuk’ dalam sesebuah organisasi dan ketika ini banyak kes yang masih menunggu perbicaraa­n mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesye­n UMS kali ke23, di sini, kelmarin.

Menurut Azman, graduan perlu mengambil contoh mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang berhasil menjadikan kes rasuah terendah di negaranya.

“Banyak impak negatif apabila rasuah dibiarkan berleluasa kerana ia boleh menyebabka­n negara jatuh muflis atau mempunyai keterhutan­gan yang melampau seperti berlaku pada negara Venezuela.

“Justeru, saya ingin mengingatk­an para graduan agar tidak bertoleran­si dalam sebarang bentuk penyelewen­gan kuasa dan amalan rasuah walau apa juga bidang yang diceburi selepas ini,” katanya.

Pada majlis itu Azman menyampaik­an skrol ijazah kepada graduan dari Sidang dua hingga Sidang empat yang berlangsun­g di Dewan Canselor UMS.

 ?? ?? KONVOKESYE­N: Azman menyampaik­an skrol ijazah kepada graduan UMS.
KONVOKESYE­N: Azman menyampaik­an skrol ijazah kepada graduan UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia