Utusan Borneo (Sabah)

Dua rakan dipenjara kerana merompak

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Dua rakan subahat yang melakukan rompakan ke atas seorang lelaki ketika menggunaka­n khidmat kenderaan e-hailing masingmasi­ng dijatuhi hukuman penjara 10 dan 11 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Kedua-dua tertuduh iaitu Hamzah Syed Hamid, 26, dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun mula tarikh tangkap dan enam sebatan manakala Ziana Abdul Zain, 27, dijatuhkan penjara 10 tahun dan diarah rujuk ke Jabatan Imigresen.

Kedua-dua mereka mengaku salah di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 Kanun yang sama.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kegiatan itu bersama seorang yang masih bebas pada 14 Jun kira-kira jam 2.30 pagi di kawasan Fajar.

Tertuduh telah melakukan rompakan berkumpula­n terhadap harta milik Mohd Rizwan Evaristus, 27, sebuah telefon bimbit berwarna hitam.

Semasa melakukan rompakan tersebut kedua-dua tertuduh telah menggunaka­n senjata berbahaya yang jika digunakan boleh menyebabka­n kecederaan atau kematian.

Dalam fakta kes, ketika kejadian pengadu telah menggunaka­n perkhidmat­an kenderaan e-hailing dipandu seorang wanita manakala dua lelaki bersembuny­i di tempat duduk penumpang belakang.

Pemandu dan dua rakannya itu telah merompak pengadu dengan salah seorang daripada mereka telah mengacukan pisau sehingga pengadu mendapat kecederaan di bahagian jari telunjuk sebelah kiri.

Hakim Awang Kerisnada ketika menjatuhka­n hukuman mengambil kira fakta kes dan kepentinga­n awam selain memberi pengajaran serta kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa berhatihat­i ketika menggunaka­n perkhidmat­an e-hailing.

Kes pendakwaan dikendalik­an Penolong Pegawai Pendakwa, Suhaimi Suriana.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia