Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Sumber SMK Rancha-Rancha teruja dilawati guru perpustaka­an dan media seluruh Malaysia

-

LABUAN: Pertubuhan Guru Perpustaka­an Media Malaysia Cawangan Labuan dan Jabatan Pendidikan WP Labuan yang diurusetia­kan oleh Sektor Sumber Teknologi dan Pendidikan bersama SMK Rancha-Rancha, buat julung kali menganjurk­an Seminar Inovasi Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaaa­n berkaitan inovasi dalam pengurusan pusat sumber sekolah.

Pertanding­an dan perkongsia­n yang diadakan menggabung­kan semua elemen di atas dalam satu pertanding­an besar dengan melibatkan peserta daripada Guru Perpustaka­an dan Media seluruh Malaysia.

Seramai 60 peserta seminar telah berkampung di W.P Labuan sejak 8 hingga 10 Jun 2022.

Antara lain pengisian program Seminar Inovasi Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan ialah lawatan ke Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha.

Pengetua sekolah, Ustaz Wan Azman Wan Awang berkata, program lawatan tersebut telah memberi peluang SMK Rancha-Rancha menjalin kerjasama dengan sekolah-sekolah dari seluruh negara khususnya dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

Katanya, jalinan itu adalah permulaan permuafaka­tan pendidikan berterusan bagi memartabat­kan sistem pendidikan berkualiti.

“Menerusi jalinan ini, lebih banyak ilmu, budaya dan amalan terbaik dapat dikongsi bersama pada masa akan datang,” katanya.

Pentadbir dan pelajar SMK Rancha-Rancha amat teruja dengan kehadiran peserta rombongan seawal pukul 7 pagi ke SMK Rancha-Rancha.

Sambil menikmati sarapan pagi, peserta rombongan telah dihiburkan dengan alunan muzik kulintanga­n.

Turut diadakan majlis menandatan­gani sijil jaringan antara SMK Rancha-Rancha dengan 32 sekolah yang datang melawat.

Antara sekolah yang menandatan­gani sijil jaringan bersama SMK Rancha-Rancha ialah SMK Saujana Utama Persiaran Saujana 3, SMK Putrajaya Presint 9( 2) Putrajaya, SMK Bugaya Semporna Sabah, SMK Pangiran Omar Sipitang Sabah, SMK Pendamaran Jaya Klang Selangor, SMK Kubong Limbang Sarawak, SM Sains Kuala Selangor, Kolej Vokasional Tawau Sabah dan SMK Permas Jaya Johor.

Ketua rombongan yang juga Naib Pengerusi Pertubuhan Guru Perpustaka­an dan Media Malaysia, Prasad Ridwan berkata, objektif utama lawatan tersebut diadakan adalah untuk memberi peluang kepada guru perpustaka­n dan media melihat pengurusan contoh pusat sumber cemerlang dari aspek pengurusan bilik-bilik khas, pelaksanaa­n program, dan kemenjadia­n pengawas pusat sumber sekolah.

“Saya juga berharap agar guru memanfaatk­an pengalaman dan pengetahua­n yang diperolehi mereka pada hari ini dengan sewajarnya,” katanya.

Peserta seminar inovasi PSS Kebangsaan 2022 telah dibawa melawat ke Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha.

Pengawas PSS SMK Rancha-Rancha telah mengiringi ahli rombongan dengan memberi penerangan sepanjang lawatan ke bilik-bilik khas PSS DSDN SMK Rancha-Rancha.

Salah seorang ahli rombongan lawatan iaitu Cikgu Zamilah Abidin dari SMK Bugaya Semporna Sabah berkata, beliau sangat kagum dengan PSS DSDN SMK Rancha-Rancha yang mempunyai pelbagai kemudahan yang lengkap untuk kemenjadia­n pelajarnya.

“Bilik-Bilik khas telah dilengkapi dengan peralatan teknologi yang canggih dan ditadbir urus dengan cemerlang. Kami amat mengimpika­n pusat sumber sekolah seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Guru Perpusatak­an dan Media SMK Rancha-Rancha, Cikgu Sapri Idris berkata, penganjura­n aktiviti lawatan itu bertepatan dengan saranan Kementeria­n Pendidikan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang memfokuska­n pemanfaatk­an ICT bagi meningkatk­an kualiti pembelajar­an di Malaysia di samping menjalin kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

 ?? ?? MUAFAKAT: Majlis menandatan­gani sijil jaringan dengan SMK Rancha-Rancha.
MUAFAKAT: Majlis menandatan­gani sijil jaringan dengan SMK Rancha-Rancha.
 ?? ?? SOKONGAN: Ahli rombongan lawatan peserta Seminar Inovasi PSS Kebangsaan 2022.
SOKONGAN: Ahli rombongan lawatan peserta Seminar Inovasi PSS Kebangsaan 2022.
 ?? ?? PRASAD
PRASAD
 ?? ?? PENDIDIK: Sapri Idris bersama Zamilah Abidin (kiri) dan Rina Sarabun.
PENDIDIK: Sapri Idris bersama Zamilah Abidin (kiri) dan Rina Sarabun.
 ?? ?? WAN AZMAN
WAN AZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia