Utusan Borneo (Sabah)

Man United menegaskan Ronaldo tiada dalam pasaran perpindaha­n musim panas ini

-

LONDON: Kelab Manchester United menegaskan bahawa Cristiano Ronaldo tidak berada dalam pasaran perpindaha­n pada musim panas ini walaupun wakil penyerang antarabang­sa Portugal itu menilai minat dari beberapa kelab ternama di Eropah, menurut sumber ketika memberitah­u penyiaran ESPN.

Ronaldo dikaitkan dengan perpindaha­n ke Chelsea, Bayern Munich, Real Madrid dan Paris Saint Germain (PSG) tetapi sumber rapat dengan kelab Old Trafford menegaskan mereka “mahu dan menjangkak­an” pemain berusia 37 tahun itu terus kekal di kelab pada musim hadapan.

Beliau mempunyai baki kontrak satu tahun lagi di kelab, dengan pilihan lanjutan satu musim lagi.

Ronaldo menjaringk­an 24 gol dalam semua pertanding­an bersama United musim lepas namun gagal mengelak United dari terlepas kelayakan ke Liga Juara-Juara selepas menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga keenam.

Sumber berkata, Ronaldo mahu menghabisk­an baki kariernya bermain dalam Liga Juara-Juara dan mula meragui cita-cita kelab selepas gagal membuat pembelian pemain baharu yang meyakinkan pada musim panas ini. Bagaimanap­un, pengurus baharu United, Erik ten Hag, yang akan mengetuai sesi latihan pramusim pertama di Carrington minggu ini, mengharapk­an memiliki Ronaldo dalam skuadnya untuk musim baharu. Ten Hag dan pengarah bola sepak kelab, John Murtough, sudah mengalih fokus perpindaha­n mereka dari seorang penyerang kepada penyerang serba boleh selepas gagal mendapatka­n Darwin Nunez, yang menyertai kelab Liverpool dari Benfica.

Pemain sayap kelab Ajax, Anrtony, adalah salah satu sasaran utama tetapi walaupun pemain antarabang­sa Brazil itu berminat untuk menyertai United, tanda harga diletakkan oleh Ajax — 80 juta euro — adalah terlalu tinggi buat United.

Keutamaan United pada musim panas ini masih kekal mencari seorang pemain tengah, dan rundingan masih berjalan dengan kelab Barcelona untuk perpindaha­n Frenkie de Jong.

D i - fahamkan ked- ua-dua kelab ham- pir mencapai satu persetujua­n dan ada harapan De Jong mungkin akan menjadi sebahagian dari skuad yang akan berlepas ke Thailand dan Australia pada 8 Julai untuk persediaan pramusim.

 ?? ?? RONALDO
RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia