Utusan Borneo (Sabah)

Eriksen dedah hala tuju beliau dalam masa terdekat

-

LONDON: Pemain tengah, Christian Eriksen dilaporkan akan membuat satu keputusan mengenai masa depannya dalam beberapa ‘jam atau hari’.

Pemain antarabang­sa Denmark itu kembali beraksi dengan cemerlang musim lalu selepas mengalami serangan jantung ketika beraksi pada kejohanan tertangguh Euro 2020 pada tahun lepas.

Beliau bermain 11 perlawanan bersama kelab Brentford selepas tiba pada bulan Januari dan membantu kelab bangkit dari masalah pertengaha­n musim dengan menjaringk­an satu gol dan mengumpan empat lagi gol.

Menurut sumber, ada “banyak tawaran” untuk dipertimba­ngkan oleh Eriksen, yang akan membuat keputusan dalam beberapa ‘jam atau hari’ selepas bercakap dengan ejennya.

Eriksen memberitah­u bahawa bekas kelab beliau, Tottenham, pernah bermain lebih 300 kali, membuat keputusan untuk memberi fokus kepada “sasaran lain”, sementara Brentford “masih berharap” untuk mengekalka­n khidmat pemain berusia 30 tahun itu.

Menurut laporan penyiaran Sky Sports, Manchester United dan Brentford menawarkan Eriksen kontrak enam bulan, dengan satu perpindaha­n ke Old Trafford dilihat “lebih menarik dari segi kewangan”.

Eriksen adalah salah seorang dari ramai pemain yang dikaitkan dengan perpindaha­n ke Manchester United ketika pengurus baharunya, Erik ten Hag mahu membina semula skuad.

Eriksen mungkin menjadi pembelian penting pada musim panas ini untuk sebuah kelab yang masih belum membuat sebarang pembelian selepas Darwin Nunes membuat keputusan menyertai Liverpool dan juga seorang lagi pemain buruan, Jurrien Timber, menolak untuk menyertai United.

Mengekalka­n Eriksen pastinya satu kejayaan besar buat Brentford ketika mereka cuba mengharung­i musim kedua dalam Liga Perdana Inggeris dengan lebih yakin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia