Utusan Borneo (Sabah)

Impak positif pelanconga­n di Tawau

Kolaborati­f antara Politeknik dengan Arnab Village Tawau sangat memberangs­angkan

- Oleh Hamzah Sanudin

jungi oleh pelancong yang datang ke daerah ini.

“Saya optimis pelancong luar yang mendarat di Lapangan Terbang Tawau tidak hanya ke daerah Semporna, tetapi akan berkunjung di Arnab Village Tawau,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Politeknik Tawau, Dr. Haniza Mohamad berkata pihaknya melihat perlunya kerjasama yang rapat antara rakan industri dengan pemberi pembelajar­an dalam bidang pelanconga­n.

“Kolaborati­f ini adalah satu perjanjian yang rasmi tanpa melibatkan sebarang aktiviti kewangan, di mana bekerjasam­a untuk membangunk­an dari segi fasiliti dan kesediaan menerima kehadiran pelancong.

“Ia juga memberi satu impak yang signifikan kepada Arnab Village Tawau dan penuntut politeknik dalam memakmurka­n industri pelanconga­n di Tawau,” katanya.

Beliau berkata pemilik Arnab Village Tawau juga sentiasa mengalu-alukan kedatangan penuntut untuk menjalanka­n latihan industri dan tiada halangan mengambil mereka bekerja di sini sekiranya berminat.

“Saya juga melihat penuntut boleh mengaplika­sikan pengalaman ini sekiranya timbul hasrat untuk menjadi usahawan pelanconga­n pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Tawau, Zaulkafli Mohamed; Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Tawau, Helen Lau; Pemilik Arnab Village Tawau, Lim Yit Wei dan Pui Bui Liung.

 ?? ?? TANDATANGA­N: Nizam menyaksika­n majlis menandatan­gani nota hasrat tersebut antara Haniza dengan Lim.
TANDATANGA­N: Nizam menyaksika­n majlis menandatan­gani nota hasrat tersebut antara Haniza dengan Lim.
 ?? ?? RASMI: Nizam memotong riben sebagai simbolik perasmian majlis tersebut.
RASMI: Nizam memotong riben sebagai simbolik perasmian majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia