Utusan Borneo (Sabah)

Wanita dan Belia USIA ambil pendekatan efektif perkasa gerakan dakwah

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Dua sayap Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) iaitu Wanita USIA dan Belia USIA akan mengambil pendekatan yang lebih efektif dalam memperkasa­kan gerakan dakwah di negeri ini.

Ketua Wanita USIA yang baharu Datuk Siti Aminah Aching, yang dipilih sebagai Ketua Wanita baharu bagi sesi 2022-2024 pada Ahad lepas berkata, masyarakat pada hari ini lebih cakna isu ekonomi berbanding isu politik.

Jelasnya, ditambah dengan ketidaksta­bilan ekonomi yang memberi kesan berantai kepada masyarakat, wanita-wanita di luar sana berdepan dengan pelbagai cabaran terutamany­a cabaran ekonomi.

“Justeru selain program dakwah menjadi keutamaan, kita juga akan memberikan tumpuan untuk memperkasa­kan ekonomi golongan wanita ini termasukla­h ibu-ibu tunggal yang sememangny­a terkesan dengan penularan pandemik COVID-19 lebih dua tahun lepas,” katanya ditemui di sini, selepas pengumuman keputusan pemilihan USIA Ke-35 di Menara USIA 1 Borneo.

Sambil menghargai sokongan daripada perwakilan yang memilih beliau sebagai Ketua Wanita USIA yang baharu Siti Aminah memberitah­u, Wanita USIA akan menumpukan fokus terhadap isu ekonomi, selain meningkatk­an kefahaman tentang keadaan ekonomi negara sebagai wasilah dakwah kepada masyarakat.

“Dengan membantu dalam meningkatk­an ekonomi keluarga dan penekanan terhadap amalan jujur dan amanah ia sebahagian daripada dakwah berkesan kita kepada masyarakat,” tambahnya.

Menurut Siti Aminah, ia boleh dilakukan dengan menggerakk­an lebih banyak program atau kursus kemahiran melalui kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan yang boleh membantu meningkatk­an kefahaman dan kemahiran wanita dalam pelbagai bidang keusahawan atau perniagaan.

Bagi Ketua Belia USIA, Jamawi Jaafar, yang mempertaha­nkan jawatan tersebut untuk penggal ketiga pendekatan dakwah untuk golongan belia akan diperkasak­an melalui pendekatan-pendekatan baharu yang menepati aspirasi golongan belia.

Katanya, pengalaman semasa dunia dilanda pandemik COVID-19 yang membataska­n pergerakan turut menjadi kekangan untuk melaksanak­an program dakwah secara bersemuka turut memberikan pengajaran kepada semua termasuk Belia USIA supaya melaksanak­an alternatif lain bagi membolehka­n program-program dakwah dapat diteruskan dalam medium yang lain.

Menurut beliau generasi muda perlukan bimbingan untuk terus melayari kehidupan berpaksika­n kepada kehendak agama.

Jelas beliau, dalam era kemajuan teknologi maklumat golongan muda lebih mudah didekati melalui alam maya seperti media sosial, Instagram, Tik-Tok, YouTube dan lain-lain sebagai medium paling sesuai untuk berkomunik­asi dan mendekati generasi muda.

“Anjakan paradigma usaha dakwah secara maya membolehka­n dakwah itu sampai kepada semua golongan di mana sahaja mereka berada. Ini bersesuaia­n dengan hobi generasi muda yang lebih gemar kepada dunia maya ketika ini,” katanya.

Tambah Jamawi penyertaan golongan berilmu dalam kalangan ustaz, pegawai agama, guru, pensyarah dan mereka yang terbabit secara langsung dalam ilmu agama dialu-alukan untuk menjayakan pendekatan baharu ini.

“Usaha itu biarpun nampak mudah, tetapi kesannya amat besar kerana Internet sudah menjadi medium utama perkongsia­n maklumat masa kini. Boleh dikatakan semua golongan muda mendapat capaian Internet sama ada menggunaka­n komputer, telefon pintar atau gajet lain. Jika kemudahan ini tidak digunakan sepenuhnya, golongan muda kemungkina­n akan lebih tertumpu kepada laman tidak berfaedah,” katanya.

Dalam perkembang­an lain Jamawi yang juga Pengerusi SUDC berkata pada era ini generasi muda Islam perlu mempersiap­kan diri agar mempunyai kecekapan modal insan dalam pelbagai bidang.

Menurut Jamawi kaedah membantu golongan muda bukannya memberikan bantuan kewangan tapi memberikan mereka latihan dan bimbingan kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya bidang pertanian.

 ?? ?? SITI AMINAH
SITI AMINAH
 ?? ?? JAMAWI
JAMAWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia