Utusan Borneo (Sabah)

Program Kayuhan Santai budayakan gaya hidup sihat

-

PUTATAN: Membudayak­an gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat boleh dijayakan melalui Program Kayuhan Santai.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, program tersebut bertujuan meneruskan budaya sihat selain memupuk kerjasama dalam kalangan masyarakat.

“Selaras dengan pembukaan fasa peralihan ke endemik, kita ingin melihat rakyat kembali melakukan aktiviti di luar dari rumah dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.

“Melihat kehadiran peserta, membuktika­n masyarakat sedar kepentinga­n menjaga kesihatan melalui sukan dan riadah secara fizikal, selepas dua tahun menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Diharapkan program seumpama dapat diteruskan demi membudayak­an gaya hidup sihat selain memupuk budaya bekerjasam­a dan menguatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya selepas merasmikan Program Kayuhan Santai Keluarga Sabah Maju Jaya, Keluarga Malaysia Putatan di pekarangan luar Dewan Sri Putatan, pada Ahad.

Program tersebut dianjurkan bersama Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Putatan dan Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) Pekan Putatan disertai lebih 100 orang.

Hadir sama Pegawai Daerah Putatan, Haryani Anah Abdul Kahar, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan, Ahmad Helmy Mohamad Taib, Ketua Daerah Putatan, Datuk OKK Dahli Matsin dan Pengerusi Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah, Zahara Saini.

 ?? ?? SANTAI: Kayuhan Santai acara berbasikal didahului oleh Shahelmey (depan) di pekarangan Dewan Sri Putatan.
SANTAI: Kayuhan Santai acara berbasikal didahului oleh Shahelmey (depan) di pekarangan Dewan Sri Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia