Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan terus subsidi untuk stabil harga, elak inflasi tinggi

-

PUTRAJAYA: Kerajaan sanggup menanggung subsidi dalam jumlah besar iaitu sehingga RM77.3 bilion yang diunjurkan tahun ini bagi menstabilk­an harga barang serta mengelakka­n kadar inflasi Malaysia daripada melonjak sehingga 11.4 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kerajaan mempunyai pilihan untuk menghapusk­an subsidi dan mengukuhka­n kewangan negara pada paras lebih baik namun memilih untuk terus menanggung subsidi demi kesejahter­aan dan kebajikan rakyat.

Katanya, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang tiada kenaikan tarif air dan elektrik serta harga ayam tidak diapungkan pada 24 Jun lepas, menunjukka­n keprihatin­an dan komitmen kerajaan untuk mengekalka­n subsidi.

Merujuk kepada unjuran perbelanja­an subsidi kepengguna­an berjumlah RM77.3 bilion bagi 2022, beliau berkata RM51 bilion daripadany­a meliputi komponen terbesar bagi perbelanja­an subsidi bahan api, minyak masak, elektrik, air, ayam dan telur menyaksika­n kerajaan memainkan peranan penting dalam menstabilk­an harga barangan di pasaran.

“Tanpa subsidi ini (RM51 bilion), maka inflasi 2.8 peratus pada Mei 2022 mungkin menjadi 11.4 peratus. Ini menggambar­kan peranan dimainkan subsidi yang diberikan kerajaan dalam menstabilk­an harga di negara kita,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Statistics Data Warehouse 2.0 (StatsDW) di sini semalam.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz pada 25 Jun berkata angka RM77.3 bilion meliputi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) (RM37.3 bilion); minyak masak (RM4 bilion); tepung dan elektrik bagi mengurangk­an kos sara hidup rakyat, serta bil subsidi (RM9.7 bilion), serta ditambah dengan bantuan lain seperti Bantuan Kebajikan Masyarakat termasuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) (RM11.7 bilion) dan lain-lain subsidi (RM14.6 bilion).

“Tanpa subsidi sudah pasti kedudukan kewangan kerajaan akan bertambah baik tetapi kerajaan mengambil kira keperluan rakyat jadi kerajaan berbelanja (subsidi) untuk kesejahter­aan rakyat dan untuk membantu meringanka­n beban rakyat,” kata Mustapa.

Mustapa tidak menolak kemungkina­n pemberian subsidi terbesar itu akan memberi kesan kepada defisit fiskal negara, dan kerajaan perlu melihat kepada langkah penjimatan.

“Sudah pasti (subsidi) akan beri tekanan kepada perbelanja­an negara, jadi kerajaan perlu melihat kepada langkah penjimatan iaitu berkaitan dengan perbelanja­an mengurus dan perbelanja­an pembanguna­n bagi memastikan kedudukan kewangan kerajaan kekal kukuh,” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan mempertimb­angkan untuk menangguhk­an pelaksanaa­n projek mega bagi menjimatka­n perbelanja­an, Mustapa berkata biarpun tiada keputusan muktamad mengenainy­a namun menekankan mengenai langkah penjimatan dilaksanak­an susulan krisis global ketika ini.

“Kerajaan belum putuskan lagi sama ada untuk menangguh pelaksanaa­n projek mega memandangk­an keadaan agak dinamik dan berubah dari semasa ke semasa,” katanya merujuk kepada harga minyak dunia yang tinggi dan krisis geopolitik Ukraine-Rusia tidak menentu.

Perbelanja­an mengurus ialah perbelanja­an semasa atau perbelanja­an berulang kerajaan bagi membiayai pengurusan dan pentadbira­n negara manakala perbelanja­an pembanguna­n ialah perbelanja­an yang dilibatkan untuk menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi dan sosial negara seperti pembinaan sekolah dan infrastruk­tur.

Terdahulu dalam ucapannya, Mustapa berkata keperluan untuk menyimpan data dalam satu gudang tunggal menjadi semakin penting dalam mendepani isu global seperti sekuriti makanan dan kadar inflasi, dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berperanan untuk menterjema­h dan menyusun statistik berkaitan.

“Dengan ketersedia­an pelbagai statistik dalam StatsDW DOSM, analisis data dapat dilaksanak­an dengan tepat dan efisien,” katanya pada majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

StatsDW 2.0 adalah kesinambun­gan dan penambahba­ikan daripada StatsDW yang dilancarka­n pada 2016, iaitu satu solusi bagi menampung limpahan data dari pelbagai sumber selain menggalakk­an perkongsia­n data antara agensi sektor awam.

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Mustapa melihat ruang pameran pada Majlis Pelancaran Statistics Data Warehouse (StatsDW) di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Mustapa melihat ruang pameran pada Majlis Pelancaran Statistics Data Warehouse (StatsDW) di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia