Utusan Borneo (Sabah)

Konsep Keluarga Malaysia dikongsi pada persidanga­n ulama Asia Tenggara 2022

-

PUTRAJAYA: Malaysia akan berkongsi konsep ‘Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera’ pada Persidanga­n Ulama Asia Tenggara 2022 yang akan diadakan Khamis ini di Subang Jaya, Selangor, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

“Malaysia akan menerangka­n contoh yang boleh kita lihat bagaimana keharmonia­n kita wujudkan (dalam masyarakat majmuk) kerana tidak lain dan tidak bukan, mesti berpegang dengan Islam itu sendiri kerana Islam mengajar menghormat­i orang lain dan kita harap orang lain juga dapat menghormat­i Islam,” katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas Majlis Perhimpuna­n Dwi-Bulanan Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sini semalam, Idris berkata Liga Dunia Islam (MWL) memilih Malaysia sebagai tuan rumah persidanga­n itu kerana negara berjaya menonjolka­n Islam sebagai satu agama yang harmoni, selamat dan sejahtera dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Banyak negara lain minta nak buat (persidanga­n) tetapi mereka memilih Malaysia kerana dianggap sebagai contoh sebuah negara yang mengamalka­n fiqh kehidupan bersama masyarakat majmuk dan berjaya menonjolka­n tentang Islam itu merupakan satu solusi yang cukup baik, agama yang damai dan sejahtera,” katanya.

Persidanga­n sehari itu yang menghimpun­kan wakil dari 20 negara di rantau Asia, akan berkongsik­an tentang konsep kesatuan, keadilan dan keharmonia­n antara pemimpin Islam dan masyarakat serta membawa mesej penyatuan ummah.

Idris berkata pada persidanga­n yang akan turut dihadiri Setiausaha Agung MWL Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa itu, 14 mufti yang mewakili Malaysia akan diberikan peluang berkongsi berkenaan halhal fiqh kehidupan bersama dalam masyarakat.

Pada majlis semalam, Idris menyaksika­n Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia Shaharul Sadri Alwi menyampaik­an Sijil Akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017 kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff kerana JAKIM melalui Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) berjaya mendapat akreditasi itu setelah menjalani beberapa peringkat penilaian oleh Jabatan Standard Malaysia.

Skop akreditasi MS ISO/ IEC 17025:2017 yang diperoleh itu adalah dalam bidang ujian analisis kimia bagi skop alkohol.

Idris dalam ucapannya berkata pengiktira­fan itu akan melonjakka­n lagi nama Malaysia dan JAKIM selaku badan pensijilan halal yang unggul di dunia dan dalam masa yang sama membolehka­n MyHAC membuat penganalis­isan dan pemantauan ke atas produk yang telah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Usai majlis, Idris melancarka­n pula Program Mobiliti Tabung Haji (TH) untuk 2022, yang menyaksika­n TH menyumbang­kan 40 unit van dwifungsi - untuk digunakan sebagai van jenazah dan van penumpang bagi kegunaan ahli kariah - bernilai RM5.4 juta kepada masjid, surau, pusat tahfiz dan rumah kebajikan terpilih.

 ?? — Gambar Bernama ?? NEGARA BERJAYA: Idris menunjukka­n Sijil Akreditasi MS ISO/IEC 17025 (Pusat Analisis Halal Malaysia) ketika sidang media selepas menghadiri Perhimpuna­n Dwibulanan Agensi Hal Ehwal Agama dan Penyampaia­n Amanat di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama NEGARA BERJAYA: Idris menunjukka­n Sijil Akreditasi MS ISO/IEC 17025 (Pusat Analisis Halal Malaysia) ketika sidang media selepas menghadiri Perhimpuna­n Dwibulanan Agensi Hal Ehwal Agama dan Penyampaia­n Amanat di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia