Utusan Borneo (Sabah)

Hidap SLE tidak halang Nur Farina tamatkan pengajian

-

KOTA KINABALU: Menghidap penyakit Systemic Lupus Erythemato­sus (SLE) tidak menghalang Nur Farina Amalia Mohd Isa, 24, menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Malah, Graduan Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) itu berjaya meraih keputusan yang memberangs­angkan dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.42.

Menurut Farina, dia disahkan menghidap penyakit SLE pada tahun 2019 ketika cuti semester dua pengajian.

“Sepanjang cuti selama tiga bulan, saya sakit teruk sehingga tidak dapat berjalan, sendi mengeras secara tiba-tiba dan sukar untuk bangun.

“Setelah berjumpa doktor pakar, saya telah disahkan menghidap penyakit ini dan terpaksa bertahan sambil melanjutka­n pengajian,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesye­n UMS ke-23, di sini, kelmarin.

Farina berkata, dia kini menjalani kehidupan seperti biasa, namun perlu bergantung dengan ubat SLE seumur hidup.

Katanya, penyakit SLE ini menyebabka­n kesukaran yang kadangkala memerlukan­nyamenggun­akankerusi roda untuk bergerak.

“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan yang sering membantu menolak kerusi roda serta bersamasam­a ketika susah dan senang,” katanya.

“Terima kasih juga kepada ahli keluarga saya yang sentiasa memahami dan tidak putus-putus memberikan suntikan semangat,” katanya.

Gadis berasal dari Lahad Datu itu merupakan antara 1,328 graduan yang diraikan di pentas Dewan Canselor hari kedua Majlis Konvokesye­n UMS ke-23.

 ?? ?? TAHNIAH: Nur Farina berjaya tamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian.
TAHNIAH: Nur Farina berjaya tamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia