Utusan Borneo (Sabah)

Marcellus juara Open Verse Challenge Kaamatan TV

-

KOTA KINABALU: Penyanyi dan pencipta lagu, Marcellus Paungin, 24, merangkul gelaran juara Open Verse Challenge Kaamatan TV, menewaskan 100 peserta lain.

Graduan berasal dari Tamparuli itu membawa pulang hadiah bernilai RM2,000.

Manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi Theofelmag­h Toimin dan Mellviston Adson Whoo Guan, masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM700 dan RM500 berserta sijil dan baucar.

Selain itu, Marcellus turut memenangi anugerah ‘Sabah Credit Corporatio­n People’s Choice Awards’ melalui video duet bersama Eylia Guntabid melayakkan beliau menerima hadiah wang tunai RM500.

Pertanding­an tersebut yang berkonsepk­an trend duet TikTok dan Instagram menghendak­i peserta untuk meneruskan rangkap lagu yang dinyanyika­n dua artis tempatan, Fanzi Ruji dan Eylia Guntabid dengan kreativiti tersendiri bertemakan Kaamatan.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah diadakan pada 19 Jun lalu di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) yang dirasmikan oleh wakil Timbalan Ketua Menteri III, Thomas Logijin.

Turut hadir Pengerusi Kaamatan TV, Andrew Ambrose serta Ketua Pejabat, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pinjaman Sabah, Zahir Ridwan Zainal.

 ?? ?? TAHNIAH: Penyampaia­n hadiah kepada pemenang Open Verse Challenge Kaamatan TV.
TAHNIAH: Penyampaia­n hadiah kepada pemenang Open Verse Challenge Kaamatan TV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia