Utusan Borneo (Sabah)

Lima graduan terima anugerah BEM

-

KOTA KINABALU: Lima graduan cemerlang Fakulti Kejurutera­an (FKJ) dianugerah­kan Board of Engineers Malaysia (BEM) 2021 pada Majlis Konvokesye­n UMS kali ke-23, semalam.

Anugerah disampaika­n Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Taufiq Yap Yun Hin kepada Goh Wang Siang; Fong Seng Yau; Gan Siew Cu; Lee Wai Li dan Abraham Ninian Ejin.

Goh, 25, berkata beliau sangat terkejut kerana tidak dimaklumka­n berkenaan anugerah ini sehingga pada Majlis Konveksyen Sidang Dua yang berlangsun­g semalam.

Graduan berasal dari Penampang, kini memulakan langkah dalam bidang kejurutera­an di Mitrajaya Holdings Petaling Jaya Selangor sebagai jurutera projek.

“Saya juga mengambil inspirasi daripada bapa saya iaitu John Goh, 60, kerana saya ingin mengikuti jejak langkah beliau,” katanya.

Fong, 25, yang kini bekerja di ViTrox Corporate Berhad, Penang pula berkata, beliau turut terkejut kerana tidak menerima sebarang berita sebelum ini.

“Saya sangat meminati subjek sains semasa dari kecil lagi dan subjek fizik pula ketika berada di sekolah menengah, seterusnya suka meneroka peralatan elektrik,” katanya.

Tambah graduan berasal dari Perak ini, beliau mula memasuki Program Elektrik dan Elektronik UMS, setelah pengajiann­ya tamat dalam Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).*

 ?? ?? ANUGERAH: Antara graduan yang menerima anugerah BEM pada Majlis Konvokesye­n ke-23 tersebut.
ANUGERAH: Antara graduan yang menerima anugerah BEM pada Majlis Konvokesye­n ke-23 tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia