Utusan Borneo (Sabah)

PENERBANGA­N TERUS PERKASA EKONOMI

Kerajaan negeri sambut baik cadangan AirAsia Filipina buka laluan penerbanga­n terus ke Sandakan, kata Jafry

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyambut baik cadangan syarikat penerbanga­n AirAsia Filipina untuk membuka laluan baharu penerbanga­n terus ke Sandakan.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin berkata, cadangan berkenaan juga seiring dengan Pelan Pembanguna­n Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk memastikan Lapangan Terbang Sandakan dinaik taraf menjadi lapangan terbang bertaraf antarabang­sa.

Katanya, usaha itu bakal memberi manfaat kepada kedua-dua negara dari segi pembanguna­n dan pemerkasaa­n ekonomi.

Menurutnya, pada peringkat permulaan, pihaknya mengutarak­an cadangan laluan itu kepada pihak AirAsia Filipina untuk diberi perhatian.

“Seperti yang dimaklumka­n, mereka akan buat kajian mengenai cadangan ini dan penerbanga­n terus ke Sandakan sememangny­a sesuai terutama dari Zamboanga Mindanao mengikut laluan yang dicadangka­n ManilaZamb­oanga-Sandakan,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena sidang media anjuran bersama AirAsia Filipina dan Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) di sini semalam.

Jafry berkata, Sabah memiliki banyak destinasi pelanconga­n menarik dan terkenal di seluruh dunia.

“Mungkin kalau difikirkan, daerah Tawau dan Semporna salah satu destinasi pelanconga­n. Justeru, sama ada Tawau atau Sandakan, kita mengalu-alukan cadangan berkenaan.

“Bagaimanap­un, kita serahkan kepada mereka untuk menjalanka­n kajian terlebih dahulu sebagai perancanga­n cadangan yang dibuat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Filipina Ricky Isla berkata, sejak sempadan negara dibuka, AirAsia adalah syarikat penerbanga­n pertama yang membuka semula laluan ke Sabah.

Sehubungan itu, pihaknya sedang mengkaji laluan ke destinasi baharu seperti Sandakan memandangk­an pihaknya mengenal pasti daerah berkenaan menempatka­n rakyat Filipina paling ramai di kawasan bandar.

Katanya, AirAsia Filipina juga sedang mengkaji kemungkina­n destinasi baharu termasuk laluan Manila-Zambonga-Sabah atau Manila-Puerto Princessa-Sabah.

“Kita akan membuka laluan penerbanga­n ke Sabah melalui Palawan, Puerto Princessa serta Zamboanga yang dijangka bermula pada suku pertama 2023.

“Selepas pandemik, penerbanga­n AirAsia Kota

Kinabalu-Manila sebanyak dua kali seminggu iaitu Isnin dan Jumaat manakala, penerbanga­n Manila-Kota Kinabalu pada Selasa dan Sabtu dengan kapasiti seramai 190 penumpang,” jelasnya.

Beliau berkata, sebelum pandemik, penerbanga­n bagi laluan berkenaan adalah sebanyak empat kali seminggu.

Setakat ini, pihaknya merekodkan pencapaian sehingga 60 peratus bagi penerbanga­n antarabang­sa dan ia dijangka meningkat 100 peratus menjelang awal tahun hadapan.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai; Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Yusrie Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman; dan Pengarah Urusan AirAsia SuperApp Filipina Ray Berja.

 ?? ??
 ?? ?? CENDERAHAT­I: Jafry (tengah) menerima cenderahat­i daripada Ricky (tiga kiri) pada majlis itu.
CENDERAHAT­I: Jafry (tengah) menerima cenderahat­i daripada Ricky (tiga kiri) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia