Utusan Borneo (Sabah)

Kes baharu COVID-19 terus meningkat

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Jumlah jangkitan harian COVID-19 melonjak menghampir­i paras angka 200 dengan 196 kes baharu direkodkan semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah berkenaan membabitka­n peningkata­n sebanyak 53 kes berbanding hari sebelumnya.

Katanya, beberapa daerah merekodkan jangkitan baharu yang tinggi dengan jangkitan di Kota Kinabalu sebanyak 99 kes baharu, pertambaha­n 39 kes atau 65 peratus daripada jumlah kelmarin.

Menurutnya, empat daerah lain turut mencatat jangkitan baharu dua angka, iaitu Penampang 24 kes, Tuaran 14 kes, Lahad Datu 12 kes, dan Papar 11 kes.

“Sebanyak 10 daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan sepanjang tempoh 14 jam yang lalu.

“Berdasarka­n statistik terkini, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menjangkak­an angka jangkitan harian akan meningkat lagi membabitka­n kadar 9.8 peratus bagi keseluruha­n 2,828 sampel ujian pada Rabu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an orang ramai untuk terus membudayak­an pemakaian pelitup muka terutama apabila berada di kawasan yang sesak atau tertutup.

Pihaknya turut meminta untuk menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Pemakaian pelitup muka bukan sahaja mampu mengurangk­an risiko jangkitan COVID-19, tetapi juga penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan respirator­i.

Katanya, sebanyak 192 daripada 196 kes yang direkodkan semalam dalam kategori satu dan dua, satu kes masing-masing kategori tiga dan lima dan dua kes dalam kategori empat.

 ?? ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia