Utusan Borneo (Sabah)

KBSS mahu bakat atlet tenis dicungkil seawal sekolah rendah

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) mahu memastikan sukan tenis diberikan perhatian supaya dapat mencungkil bakal atlet seawal peringkat sekolah rendah lagi.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, pihaknya sentiasa memastikan semua jenis sukan termasuk tenis akan diberi perhatian dengan sebaiknya.

Katanya, KBSS sedang berusaha menarik minat pelajar untuk bergiat aktif dalam sukan tenis, memandangk­an ia masih kurang popular dalam kalangan mereka.

“Selain itu, KBSS turut mengambil inisatif meningkatk­an semua kemudahan sukan tenis di negeri ini supaya atlet dapat berlatih dalam keadaan yang lebih selesa.

“Dengan adanya kemudahan yang diberikan oleh kerajaan, saya yakin kita dapat melahirkan atlet tenis yang mampu bersaing di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata demikian ketika merasmikan kejohanan tenis Majlis Sukan-Sukan Sabah (MSS Sabah) tahun 2022, di sini semalam.

Menurutnya, KBSS juga bercadang akan mengadakan lebih banyak penganjura­n pertanding­an tenis pada masa akan datang supaya sukan ini terus diminati khususnya dalam kalangan pelajar.

Mengulas mengenai kejohanan itu, beliau berkata, seramai 83 peserta dari enam daerah terlibat mengikuti pertanding­an tenis kali ini.

Suryady mengharapk­an atlet yang bakal mewakili Sabah ke peringkat MSS Malaysia nanti mampu mengharumk­an nama negeri.

“Kita mahukan atlet mempunyai daya juang yang tinggi supaya boleh memenangi pertanding­an tersebut, sekali gus dapat mewakili negara ke peringkat antarabang­sa,” katanya.

 ?? ?? CENDERAKEN­ANGAN: Suryady (tengah) menerima cenderaken­angan daripada pihak penganjur.
CENDERAKEN­ANGAN: Suryady (tengah) menerima cenderaken­angan daripada pihak penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia