Utusan Borneo (Sabah)

UMSKAL bangunkan aplikasi sistem tempahan makanan

-

LABUAN: Seramai lima penyelidik dari Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) membangunk­an aplikasi sistem tempahan makanan di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan.

Penyelidik terlibat, Timbalan Dekan (Penyelidik­an dan Inovasi) Dr. Anath Rau Krishnan; Pensyarah Kanan Dr Suzillah Sidek; Pensyarah Kanan Dr. Sharinah Puasa; serta dua lagi pensyarah iaitu Muhammad Hafizi dan Zakiah Hassan.

Mereka dibantu lima guru dari SMK Labuan iaitu Penolong Kanan Tingkatan Enam Saminan Sabtu, Nurul Nazihah Sia Abdullah, Mohd Zulkifli Ismail, Azlan Tumingan, dan Muhammad Ghazali Samudin.

Anath berkata, sistem berkenaan siap dibina dan percubaan dalam kalangan ahli juga sudah dilaksanak­an.

Katanya, ujian rintis sistem itu dijangka akan dilaksanak­an pada pertengaha­n bulan Julai ini yang melibatkan pihak sekolah, pengusaha kantin dan pelajar SMK Labuan.

Jelasnya, sistem yang dibina adalah berupa aplikasi yang boleh dimuat turun ke telefon bimbit untuk memudahkan penggunaan.

Beliau percaya, bahawa aplikasi ini akan memberi banyak faedah kepada ramai pihak terutama sekali pelajar.

“Ini juga akan mempromosi­kan ‘cashless’ di peringkat sekolah,” katanya.

Anath yang juga ketua projek berkata demikian ketika membentang­kan sistem aplikasi tempahan makanan kantin pada mesyuarat bersama pentadbir SMK Labuan di sini baru-baru ini.

Mesyuarat itu dipengerus­ikan oleh Pengetua SMK Labuan Mohd Nizam Yasim. Turut hadir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Labuan, Jamaliah Razal.

Selain itu katanya, me-syuarat itu membincang­kan laporan kemajuan projek pembanguna­n sistem aplikasi tempahan makanan kantin.

Sementara itu Mohd Nizam menyambut baik kerjasama ini dan akan memberikan sokongan sepenuhnya bagi pelaksanaa­n sistem tersebut.

Sharinah turut dijangka akan memberikan latihan hands-on kepada pihak sekolah, pengusaha kantin dan pelajar dalam masa terdekat.

 ?? ?? PENYELIDIK: Mohd Nizam (tiga kanan), Anath (dua kiri) dan Sharinah (dua kanan) bersama guruguru SMK Labuan.
PENYELIDIK: Mohd Nizam (tiga kanan), Anath (dua kiri) dan Sharinah (dua kanan) bersama guruguru SMK Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia