Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Malaysia di Turkiye alami kenaikan harga barang keperluan yang tinggi akibat inflasi

-

ISTANBUL: Kenaikan kadar inflasi dan harga barang keperluan asas bukan sahaja dirasai di Malaysia, tetapi hampir di seluruh dunia.

Malahan terdapat negara yang menghadapi kadar inflasi lebih tinggi akibat peningkata­n permintaan barangan dan perkhidmat­an secara mendadak sejak ekonomi dibuka semula, antaranya Turkiye yang mencatat kenaikan harga barangan makanan hampir setiap minggu.

Pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di Turkiye kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa kadar inflasi di Turkiye sudah mencecah 78 peratus iaitu yang tertinggi dalam tempoh 24 tahun, berbanding Malaysia 2.8 peratus.

Ismail Sabri, yang tiba pada

Selasa untuk lawatan rasmi empat hari ke republik itu berkata yang membezakan Malaysia dengan kebanyakan negara lain ialah kadar subsidi diberikan kerajaan kini mencecah lebih RM77.7 bilion.

Rakyat Malaysia yang menetap atau belajar di Turkiye, mengakui amat terkesan dengan peningkata­n kadar inflasi di republik itu apabila pengangkut­an, harga makanan dan kelengkapa­n isi rumah mencatatka­n kenaikan paling ketara, dengan kos pengangkut­an meningkat dua kali ganda sepanjang tahun ini.

Pelajar universiti Muhammad Hafiz Ali berkata harga barang makanan dan kemudahan lain seperti tambang penerbanga­n meningkat dengan mendadak akibat kadar inflasi yang tinggi.

“Apa yang kami alami sangat teruk, inflasi yang naik secara mendadak . Kalau naik kapal terbang pun dah 1,800 lira, kalau dulu 799 lira dah lepas dah. Sekarang boleh cecah 2,020 lira dan dengan bas dulu 200 hingga 300 lira tapi sekarang boleh sampai 900 lira,” tambah beliau yang belajar di sebuah bandar di sempadan Turkiye-Armenia.

Bagi Nurbalqis Abdul Rashid pula, cabaran paling besar ialah sewa rumah yang dinaikkan daripada 1,100 lira kepada 2,500.

“Beza yang sangat jauh dan bila kami cari rumah sewa baru, rumah paling teruk pun dalam 4,000 lira sebulan, dan kebanyakan mereka tidak mahu warga asing. Harga barangan meningkat setiap minggu, terutama harga makanan,” katanya.

Menurut Dr Muhammad Farhan Ahmat Murtza, keadaan ini memaksa penduduk Turkiye untuk menghasilk­an lebih banyak produk tempatan bagi menampung keperluan dalam menghadapi kenaikan inflasi yang tinggi.

“Di Turkiye mereka lebih mengutamak­an barangan dari negara mereka sendiri berbanding dari negara luar. Dari sudut itu mereka boleh meningkatk­an produktivi­ti berbanding bergantung kepada negara luar, “tambah beliau.

Mata wang Turkiye kehilangan separuh nilainya berbanding dolar dalam tempoh 12 bulan lalu yang mendorong kenaikan harga barang import.

Ketika ini terdapat lebih 500 rakyat Malaysia menetap di Turkiye, dengan 200 daripadany­a adalah penuntut di pelbagai universiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia