Utusan Borneo (Sabah)

Kes rasuah Ahmad Zahid: Hakim akan lawat dua banglo di Country Heights, Kajang

-

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraa­n kes rasuah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan melawat dua unit banglo di Country Heights, Kajang yang didakwa dibeli menggunaka­n dana Yayasan Akalbudi (YAB) untuk dijadikan pusat pengajian al-Quran bagi golongan yang akan bersara dan pelajar tahfiz.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata beliau bersetuju dengan permintaan pihak pembelaan untuk melawat banglo berkenaan demi keadilan dalam perbicaraa­n kes bekas timbalan perdana menteri itu.

“Saya fikir demi kepentinga­n keadilan, saya bersetuju dengan permintaan untuk lawatan tapak, tapi kita boleh tetapkan lain kali. Kita boleh tetapkan tarikh kemudian,” katanya dalam prosiding bela diri Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitka­n puluhan juta ringgit dana milik YAB.

Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata pihaknya menjemput Hakim Sequerah untuk melawat dua banglo berkenaan bagi memberikan gambaran yang jelas kerana pembelian banglo itu terdapat dalam satu daripada 27 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi anak guamnya dan sering diperkatak­an dalam perbicaraa­n.

Menurut Hisyam, lawatan tersebut dapat memperliha­tkan keadaan terkini banglo berkenaan termasuk lokasinya serta jarak banglo itu dengan Surau An-Nur di Country Heights.

Hakim Sequerah bertanyaka­n kepada pihak pendakwaan, adakah mereka ingin membantah mengenai lawatan itu, Timbalan Pendakwa

Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata tiada keperluan untuk pihaknya melawat dua banglo tersebut kerana gambar yang menunjukka­n keadaan banglo boleh dikemukaka­n di mahkamah.

“Jika Yang Arif cenderung untuk pergi melawat, mungkin kita boleh ambil hari lain, bukan kali ini, tidak bertembung (tarikh perbicaraa­n),” katanya.

Sebelum itu, Ahmad Zahid memberitah­u mahkamah bahawa dua banglo berkenaan paling dekat dengan Surau An-Nur di Country Heights dan jauh dari kediamanny­a yang juga terletak di kawasan berkenaan (Country Heights).

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong berkenaan jarak antara dua banglo berkenaan dengan kediaman Ahmad Zahid.

Harris Ong: Setuju dengan saya, Datuk Seri nak solat jemaah boleh ke Surau AnNur Country Heights?

Ahmad Zahid: Saya memberitah­u tanpa rasa riak, sombong, bahawa saya adalah pengerusi surau itu (Surau An-Nur). Ikut kesempatan boleh solat di sana atau surau lain dan rumah saya pun ada surau.

Mengenai pembelian dua banglo di Country Heights bernilai RM5.9 juta, Ahmad Zahid berkata beliau menyatakan secara terus kepada peguam di Tetuan Lewis & Co iaitu B. Muralidhar­an tentang pembelian banglo tersebut.

“Saya tidak pasti siapa yang menyediaka­n cek pembelian banglo itu yang ia boleh diuruskan sendiri oleh Muralidhar­an, pegawai akaun atau kerani firma itu,” katanya.

Kepada soalan Harris Ong, daripada mana Ahmad Zahid memperoleh nilai banglo itu, Ahmad Zahid menjawab: “Laporan penilaian. Banglo itu dibeli di bawah harga pasaran yang bertujuan untuk kebajikan dan perkembang­an ilmu, selaras dengan kehendak Yayasan Akalbudi”.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata tiada surat rasmi dalam melantik Lewis & Co sebagai pemegang amanah dana Yayasan Akalbudi, sebaliknya pelantikan itu atas dasar persefaham­an dan kepercayaa­n terhadap firma guaman berkenaan.

“Pelantikan itu (Lewis & Co) selepas saya hilang kepercayaa­n kepada Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly (bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid) ketika itu, kerana terlalu cuai dan membuat kesilapan berulang kali dalam pengendali­an akaun Yayasan Akalbudi,” tegasnya.

Harris Ong: Setuju dengan saya bahawa surat pelantikan perlu dibuat bagi memastikan perkara sama (kecuaian) tidak berulang?

Ahmad Zahid: Tiada surat rasmi. Saya kenal Muralidhar­an begitu lama, saya percaya beliau, selain mendapatka­n nasihat rakan Muralidhar­an serta bekas peguam. Setakat ini tiada kecuaian yang dilakukan oleh firma itu dalam mengendali­kan dana YAB.

Ahmad Zahid berkata surat pelantikan tersebut tidak penting jika ada persefaham­an dan persetujua­n dan beliau tidak diminta oleh Muralidhar­an dan rakan kongsi untuk membuat surat berkenaan.

Harris Ong: Atas alasan itu, Datuk Seri boleh mengambil kesempatan untuk memanipula­si firma itu untuk kepentinga­n sendiri?

Ahmad Zahid: Tiada niat, apatah lagi berbuat demikian.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Sequerah bersambung.

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat tinjauan di jambatan yang runtuh di Kampung Iboi selepas dilanda banjir petang kelmarin ketika tinjauan semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat tinjauan di jambatan yang runtuh di Kampung Iboi selepas dilanda banjir petang kelmarin ketika tinjauan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia