Utusan Borneo (Sabah)

Bank Negara naikkan OPR 25 mata asas kepada 2.25%

MPC akan terus menilai keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek keseluruha­n inflasi dan pertumbuha­n dalam negeri

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus semasa mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) keempatnya tahun ini.

Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.50 peratus dan 2.00 peratus, kata BNM dalam Pernyataan Dasar Monetari semalam.

“Berikutan prospek pertumbuha­n ekonomi Malaysia yang positif, MPC mengambil keputusan untuk membuat pelarasan selanjutny­a terhadap tahap akomodasi monetari. Keputusan ini konsisten dengan pandangan MPC bahawa keadaan yang pertama kali berlaku ini sehingga memerlukan penetapan kadar OPR terendah yang pernah dicatatkan, kini semakin reda.

“Pada kadar OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuha­n ekonomi,” katanya.

MPC akan terus menilai keadaan yang berubahuba­h dan kesannya terhadap prospek keseluruha­n inflasi dan pertumbuha­n dalam negeri.

Sebarang pelarasan pada penetapan dasar monetari pada masa hadapan akan dilaksanak­an secara terkawal dan beransur-ansur bagi memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuha­n ekonomi yang mampan dalam persekitar­an harga yang stabil.

Menurut bank pusat, pembukaan semula ekonomi global dan keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik terus menyokong pemulihan kegiatan ekonomi.

Bagaimanap­un, faktorfakt­or ini sebahagian­nya diimbangi oleh kesan tekanan kos yang semakin meningkat, konflik ketenteraa­n di

Ukraine dan langkah-langkah pembendung­an yang ketat di China.

“Tekanan inflasi terus meningkat disebabkan terutamany­a oleh harga komoditi yang tinggi dan keadaan permintaan yang kukuh, meskipun keadaan rantaian bekalan global sedikit reda,” katanya.

Kesannya, bank-bank pusat dijangka terus membuat pelarasan pada penetapan dasar monetari mereka bagi mengurangk­an tekanan inflasi, dengan sesetengah bank pusat melakukann­ya pada kadar yang lebih cepat.

Pada masa hadapan, kadar pertumbuha­n global dijangka menjadi sederhana dan akan terus dipengaruh­i oleh tekanan kos yang tinggi, konflik di Ukraine, keadaan rantaian bekalan global dan volatiliti pasaran kewangan.

“Bagi ekonomi Malaysia, kegiatan ekonomi terus meningkat pada bulan-bulan kebelakang­an ini. Penunjuk eksport dan perbelanja­an runcit mengesahka­n momentum pertumbuha­n yang positif, disokong oleh peralihan ke fasa endemik.

“Dalam pasaran pekerja, kadar penganggur­an terus menurun dengan penyertaan tenaga kerja yang lebih tinggi dan prospek pendapatan yang bertambah baik.

“Pada masa hadapan, pertumbuha­n ekonomi akan disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh meskipun permintaan luaran dijangka sederhana disebabkan oleh rintangan yang dihadapi oleh pertumbuha­n global,”’ kata BNM.

Selain itu, pembukaan sempadan antarabang­sa sejak 1 April 2022 akan menyokong pemulihan sektor berkaitan pelanconga­n.

Aktiviti dan prospek pelaburan terus disokong oleh pelaksanaa­n projek berbilang tahun, katanya sambil menambah bagaimanap­un, risiko pertumbuha­n menjadi lebih perlahan terus berpunca daripada pertumbuha­n global yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang berterusan dan gangguan rantaian bekalan yang semakin teruk.

Sejak awal tahun sehingga kini, inflasi keseluruha­n berpurata pada 2.4 peratus, menurut BNM.

Meskipun purata tersebut dijangka kekal dalam julat unjuran tahun ini iaitu 2.2 peratus hingga 3.2 peratus, inflasi keseluruha­n mungkin lebih tinggi pada sesetengah bulan disebabkan terutamany­a oleh kesan asas daripada harga elektrik.

Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, dijangka berpurata antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada tahun 2022 apabila permintaan terus bertambah baik dalam keadaan kos yang tinggi.

Walau bagaimanap­un, kesan tekanan inflasi menjadi lebih tinggi sebahagian­nya akan terus dibendung oleh kawalan harga yang sedia ada, subsidi bahan api dan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi.

Prospek inflasi terus dipengaruh­i oleh perkembang­an harga komoditi global yang disebabkan terutamany­a oleh konflik ketenteraa­n yang berterusan di Ukraine dan gangguan berkaitan bekalan yang berlarutan, di samping langkah-langkah dasar dalam negeri. — Bernama

Pada kadar OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuha­n ekonomi. ”

Bank Negara Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia