Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia mahu peroleh pengembang­an, pelaburan baharu dari Itali: Mustapa

-

KUALALUMPU­R:Malaysia mahu memperoleh pelaburan baharu dan pengembang­an pelaburan dari Itali, dengan tumpuan khusus kepada bidang potensi baharu bagi pertumbuha­n seperti jentera, automasi, aeroangkas­a, teknologi hijau, pengeluara­n makanan, bioteknolo­gi, farmaseuti­kal dan industri teknologi tinggi lain, serta pelaburan digital.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n jumlah perdaganga­n yang ketara dengan Itali iaitu 21.7 peratus tahun lepas manakala bagi empat bulan pertama 2022, angka itu meningkat hampir 30 peratus tahun-ke-tahun kepada kira-kira US$1.5 bilion (US$1=RM4.42).

Beliau berkata, Malaysia ingin menyaksika­n lebih banyak pelaburan Itali dalam negara ini dan di rantau ini justeru, tiada sebab mengapa Itali perlu terhenti dengan hanya menjadi rakan dagang ketiga terbesar Kesatuan Eropah bagi Malaysia.

“Malaysia, sudah tentu, gembira untuk menempatka­n sejumlah pelaburan Itali.

“Setakat Disember tahun lepas, sebanyak 75 projek pembuatan dengan penyertaan Itali (bernilai US$363.8 juta) telah dilaksanak­an di seluruh negara. Ini telah mewujudkan 4,320 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan di sini,” katanya dalam ucaptama pada Dialog Peringkat Tinggi mengenai Hubungan Ekonomi ASEAN-Itali 2022 di sini, pada Rabu.

Mustapaber­kata,pelaburan Itali di Malaysia secara amnya dilihat sebagai pelaburan berkualiti yang mewujudkan pekerjaan berkualiti untuk penduduk tempatan.

Ini memandangk­an reputasi Itali sebagai tuan rumah kepada beberapa syarikat multinasio­nal terkemuka dunia serta pengekspor­t utama barangan mewah, katanya.

“Contohnya, syarikat Itali dalam industri fesyen termasuk Prada, Gucci dan Salvatore Ferragamo, sekadar menamakan beberapa sahaja, merupakan jenama isi rumah terutama dalam kalangan orang kaya di Asia Tenggara serta kelas pertengaha­n kami yang sedang berkembang.

“Selain itu, eksport budaya Itali seperti seni, muzik dan bola sepak pula berperanan mengukuhka­n lagi reputasi baik yang anda (Itali) nikmati di rantau kami,” katanya.

Mustapa berkata, Malaysia juga telah membuat komitmen untuk mencapai bebas karbon menjelang 2050, bagi menggalakk­an pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) d samping berusaha ke arah menjadi ekonomi yang lebih sirkular.

“Sudah pasti saya percaya kita boleh belajar banyak daripada rakan Itali kita mengenai perkara ini. Saya mengambil perhatian bahawa pada Februari tahun ini, kerajaan Itali telah meminda perlembaga­an untuk secara sangat jelas memasukkan melindungi alam sekitar sebagai prinsip asasnya,” katanya.

Dialog sehari itu dianjurkan oleh The European House dengan kerjasama Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Perdaganga­n Itali.

Ia merupakan acara rujukan di rantau ASEAN untuk memperkuku­h hubungan ekonomi dan strategik antara negara anggota ASEAN dan Itali. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia