Utusan Borneo (Sabah)

Eksport Indonesia tinggi, pertumbuha­n global

-

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka terus mengalami tekanan dalam tempoh terdekat dan didagangka­n dalam julat RM4,000-RM5,000 satu tan di tengah-tengah kebimbanga­n terhadap pertumbuha­n ekonomi global yang lebih perlahan.

Selain itu, kemungkina­n Indonesia mengekspor­t minyak sawit dalam jumlah yang lebih tinggi daripada biasa untuk mengurangk­an stok pada minggu-minggu akan datang turut mempengaru­hi sentimen, demikian menurut CGS-CIMB.

Dua penganalis­isnya Ivy Ng Lee Fang dan Nagulan Ravi berkata harga MSM semerta di Malaysia telah jatuh 30 peratus kepada RM4,698 satu tan sejak Indonesia menarik balik larangan eksportnya pada 23 Mei.

“Sebahagian besar atau 91 peratus penurunan harga berlaku sejak 10 Jun, selepas Indonesia memberikan lebih penjelasan mengenai proses eksport kerana menggantik­an larangan eksport dengan Obligasi Pasaran Domestik (DMO),” kata mereka dalam satu nota penyelidik­an hari ini.

DMO mengkehend­aki syarikat-syarikat untuk membekalka­n sebahagian daripada produk mereka ke pasaran domestik melalui program minyak masak pukal kerajaan dan memautkan volum DMO kepada permit eksport dan kuota/hak mereka.

Menurut CGS-CIMB, Indonesia telah mengeluark­an permit eksport untuk sejumlah 2.44 juta tan minyak sawit dari Mei hingga Julai 5. Daripada jumlah ini, permit untuk 1.35 juta tan adalah untuk program DMO, manakala 1.09 juta tan adalah sebahagian daripada program flush out (FO).

Jumlah eksport minyak sawit yang direalisas­ikan ialah 1.66 juta tan (DMO: 0.9 juta tan; FO: 0.76 juta tan) setakat ini.

Sementara itu, CGS-CIMB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia