Utusan Borneo (Sabah)

Perlahan beri tekanan harga MSM: CGS-CIMB

-

menganggar­kan inventori minyak sawit Malaysia mungkin meningkat sebanyak 10.5 peratus bulan ke bulan dan 4.2 peratus tahun ke tahun (yo-y) pada bulan Jun kepada 1.68 juta tan disebabkan oleh pengeluara­n yang lebih tinggi serta eksport yang rendah selepas Indonesia menamatkan larangan eksportnya.

“Ini akan melonjakka­n paras inventori minyak sawit ke tahap tertinggi tujuh bulan,” kata Ng dan Nagulan.

Pada Jun, pengeluara­n minyak sawit di Malaysia diunjur mengembang sebanyak 6.8 peratus bulan ke bulan tetapi turun 2.9 peratus tahun ke tahun kepada 1.56 juta tan pada Jun 2022, menurut hasil tinjauan penanam oleh pasukan CGS-CIMB Futures.

Peningkata­n bulan ke bulan didorong oleh faktor bermusim dan asas yang lebih rendah pada bulan Mei disebabkan oleh cuti.

Dalam pada itu, CGS-CIMB turut berkata eksport minyak sawit mungkin turun sebanyak 10.4 peratus bulan ke bulan dan 14.2 peratus tahun ke tahun kepada 1.2 juta tan, berdasarka­n statistik eksport oleh juruukur kargo Intertek (-10.4 peratus bulan ke bulan), SGS (-7.4 peratus bulan ke bulan) dan Amspec Malaysia (-13.4 peratus bulan ke bulan).

Menurut Ng dan Nagulan, eksport Malaysia yang lebih lemah adalah disebabkan oleh eksport minyak sawit yang tinggi dari Indonesia selepas penarikan balik larangan eksportnya pada 23 Mei 2022, yang mengalihka­n beberapa permintaan minyak sawit ke Indonesia dari Malaysia.

Berkenaan unjuran paras minyak sawit bulan Jun 2022 iaitu 1.68 juta tan, keduadua penganalis­is itu berkata jumlah itu adalah 11 peratus di bawah purata sejarah 10 tahun bulan Jun yang berjumlah 1.89 juta.

Angka rasmi akan dikeluarka­n pada 12 Julai 2022. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia