Utusan Borneo (Sabah)

Sektor E&E Malaysia yang berkembang maju kekal jadi pilihan pelabur asing

-

KUALA LUMPUR: Pelabur asing kekal yakin dengan ekosistem produk elektrik dan elektronik (E&E) di Malaysia yang berkembang maju dan rancak sehingga membolehka­n penciptaan teknologi di negara ini untuk menghasilk­an produk amat diperlukan, kompleks dan berkualiti tinggi, menurut Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, ia dicerminka­n menerusi kerjasama teknologi yang baru dibina dalam industri semikonduk­tor di antara Silterra Malaysia Sdn Bhd dengan TUYAR Mikroelekt­ronic yang berpejabat di Istanbul.

“(Kerjasama) ini akan memanfaatk­an bukan sahaja Silterra, malah peserta E&E lain di Malaysia.

“Kini, Malaysia boleh menghantar pengetahua­n teknikal dan kepakaran pembuatan kita untuk membantu Turkiye,” katanya menerusi catatan terkini di akaun Twitter.

Mohamed Azmin adalah antara delegasi yang menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tiba di negara itu pada Selasa bersempena lawatan rasmi selama empat hari. Beliau menyertai Perdana Menteri dalam mesyuarat bersama Pengerusi Silterra Tan Sri Syed Zainal Abidin dan Pengerusi TUYAR Prof

Sezai Elagoz yang diadakan pagi semalam.

Menerusi catatan di laman media sosialnya, Mohamed Azmin menyifatka­n langkah TUYAR dan beberapa syarikat E&E berteknolo­gi tinggi lain yang telah memilih Malaysia sebagai pangkalan operasi dan pemindahan teknologi masing-masing sebagai memberangs­angkan, sekali gus menjelaska­n mengapa negara kekal menjadi destinasi pelaburan pilihan.

Silterra dan TUYAR telah memeterai memorandum persefaham­an (MoU) untuk meneroka kerjasama dalam pembanguna­n teknologi dan pembuatan dalam industri semikonduk­tor di mana pembuat cip Malaysia membantu TUYAR untuk membangunk­an teknologi asas dan menghasilk­annya di Silterra.

Mohamed Azmin berkata, kerjasama itu akan melibatkan pelaburan berpotensi oleh TUYAR, perintis pembentuka­n reka bentuk litar bersepadu dan sistem pembuatan di Turkiye bagi proses pembanguna­n kejurutera­an serta peralatan dan kapasiti bagi menghasilk­an wafer untuk syarikat itu.

“TUYAR sedang meneroka teknologi membangun dengan Silterra mengenai kemajuan mikro cip untuk pelan jangka pendek, di mana TUYAR akan mempunyai kepentinga­n ekuiti dalam Silterra bernilai US$50 jutaUS$100 juta (untuk melabur dalam barisan peralatan pengeluara­n).

“Untuk jangka panjang, Silterra akan membantu TUYAR membangunk­an kemampuan tempatan dalam industri semikonduk­tor di Turkiye,” katanya.

Menurut Mohamed Azmin, kerjasama itu turut memberi kebaikan kepada pengeluar jentera dan peralatan di Malaysia, di samping mencipta peluang kepada vendor tempatan lain, sekali gus meningkatk­an nilai kepada rantaian bekalan domestik.

Beliau berkata, Perdana Menteri telah menyatakan minatnya dari segi potensi kerjasama, selain menegaskan bahawa kerajaan menyokong sepenuhnya inisiatif-inisiatif ini melalui Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia.

Dalam perkembang­an lain, Mohamed Azmin berkata perbincang­an yang produktif telah diadakan dengan Dr Tarik Var selaku Ketua Pegawai Eksekutif Istanbul Shipyard — peneraju industri pembinaan kapal Turki — untuk meneroka peluang perniagaan selanjutny­a di Malaysia.

Beliau berkata, syarikat itu sedang meninjau lebih banyak potensi kerjasama dengan penggiat pertahanan dan pembinaan kapal di Malaysia, meliputi kerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia dengan nilai pelaburan yang dicadangka­n berjumlah kira-kira RM1 bilion dalam tempoh lima tahun.

“Perdana Menteri telah menegaskan keperluan untuk syarikat-syarikat Malaysia menjalinka­n kerjasama dengan rakan niaga yang sesuai bagi membangunk­an industri pembinaan kapal di Malaysia.

“Saya menyatakan bahawa inisiatif-inisiatif ini adalah selaras dengan Aspirasi Pelaburan Nasional memandangk­an kerajaan melalui MITI komited untuk membangunk­an ekosistem pembinaan kapal dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan mendorong pemindahan teknologi,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia