Utusan Borneo (Sabah)

KPM digesa teliti semula kurikulum secara komprehens­if

Kandungan silibus pendidikan sekolah rendah dikatakan terlalu tinggi sehingga beri kesan kepada pelajar

- Oleh Jessica Jawing

“Melihat kepada kurikulum pendidikan negara yang seharusnya tidak bersifat statik, KGBS berpandang­an KPM sewajarnya menilai untuk mentransfo­rmasi sistem kurikulum kita supaya sesuai dengan era pendidikan pada masa kini khususnya pada pasca COVID-19.”

Zulkiflee Sebli Presiden KGBS

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menggesa Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) meneliti serta mengkaji semula semua kurikulum secara komprehens­if.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Zulkiflee Sebli berkata, ia termasuk apa yang diluahkan oleh aktivis guru Mohd Fadli Salleh yang trending apabila isu itu viral dalam media sosial.

“Melihat kepada kurikulum pendidikan negara yang seharusnya tidak bersifat statik, KGBS berpandang­an KPM sewajarnya menilai untuk mentransfo­rmasi sistem kurikulum kita supaya sesuai dengan era pendidikan pada masa kini khususnya pada pasca COVID-19.

“Malahan KGBS pernah menyaranka­n agar sistem kurikulum pendidikan dinilai dan dipinda mengikut situasi semasa sebelum ini,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Jelasnya, sebagai contoh KPM telah mengumumka­n tentang pemansuhan UPSR dan PT3 tetapi ironinya sistem kurikulum negara masih kekal pada cara dan tahap yang lama.

Tambahnya, tidak dinafikan KPM ada melakukan semakan silibus bagi setiap mata pal ajaran namun hakikatnya kandungan dan ciri-cirinya masih kekal dengan keadaan yang lama.

“K P M buat pelbagai pindaan namun dasarnya masih tetap sama.

“Justeru apa yang KGBS hasratkan agar KPM dapat mentransfo­rmasi kurikulum pendidikan dengan lebih komprehens­if untuk mendepani pendidikan murid-murid pada era VUCA (Volatility, Uncertaint­y, Complexity dan Ambiguity) pasca pandemik COVID,” katanya.

Zulkiflee berkata, KGBS berharap KPM mengambil langkah positif dengan memanggil wakil kesatuan guru sebagai rakan libat urus dalam menangani isu pendidikan yang semakin mencabar ini.

Beliau berkata, KPM perlu melibatkan peranan kesatuan-kesatuan guru sebagai rakan strategik dalam usaha membina negara bangsa.

“Semoga pandangan KGBS ini diterima secara serius oleh pihak berwajib di KPM.

“Pendirian KGBS adalah semata-mata untuk memastikan agar sistem pendidikan negara terus mendapat kepercayaa­n rakyat sebagai pembina modal insan demi pembanguna­n negara pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fadli mendakwa kandungan silibus pendidikan di peringkat sekolah rendah di negara ini terlalu tinggi sehingga memberi kesan jangka panjang kepada perkembang­an pelajar.

 ?? ?? ZULKIFLEE
ZULKIFLEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia