Utusan Borneo (Sabah)

Ahli akademik menolak cadangan Perjanjian Malaysia baharu

-

KUCHING: Beberapa ahli akademik menolak cadangan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan untuk Perjanjian Malaysia (MA) baharu dan menyifatka­n ia sebagai ‘tidak realistik’ serta ‘tidak perlu’.

Profesor Dr Neilson Ilan Mersat dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkata, Perjanjian Malaysia pada 1963 adalah asas kepada pembentuka­n Malaysia dan ia bukan sesuatu yang boleh digantikan oleh sesiapa sahaja dengan mudah.

“Perjanjian (MA63) itu mengandung­i janji dan kewajipan semua pihak dan ia harus dihormati atau ditunaikan.

“Adalah tidak realistik untuk mempunyai perjanjian baharu hanya kerana anda tidak dapat memenuhi perjanjian lama. MA63 boleh dilakukan jika ada kemahuan untuk merealisas­ikannya,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, idea penubuhan Perjanjian Malaysia baharu itu mungkin bertujuan untuk menguburka­n MA63 supaya ia berhenti menghantui pemimpin persekutua­n atau kerajaan persekutua­n.

“Saya tidak fikir ia semudah itu untuk rakyat Sarawak dan Sabah melupakann­ya,” tambahnya.

Seorang lagi ahli akademik UNIMAS Dr Arnold Puyok berkata, MA baharu tidak perlu.

“Laksanakan sahaja MA63 berdasarka­n Perlembaga­an Persekutua­n dan mengikut rangka kerja undang-undang atau undang-undang sedia ada.

“Mungkin perlu ada penstruktu­ran semula bidang kuasa persekutua­n dan negeri tanpa perlu perjanjian baharu.

“Rujuk sahaja cadangan dalam Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC) dan semak semula kuasa persekutua­n dan negeri dalam Jadual Ke-9 Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

Beliau turut menegaskan pindaan perlembaga­an yang diluluskan Parlimen yang memberi pengiktira­fan lebih besar kepada MA63 dan mengembali­kan status asal Sabah dan Sarawak menunjukka­n sistem federalism­e Malaysia boleh disusun semula berdasarka­n semangat MA63 dan perkembang­an semasa negara.

Menurutnya, keseluruha­n bidang kuasa persekutua­n dan negeri boleh dikaji semula dan kuasa autonomi perlu diberikan kepada negeri berdasarka­n kapasiti dan kemampuan mereka.

“Jadi kenapa perlu ada perjanjian baharu?” soalnya.

Beliau juga berkata, ahli politik harus berhenti menggunaka­n MA untuk meraih sokongan.

“Cukuplah mereka yang menjadikan politik sebagai alat semata-mata untuk meraih undi dan sokongan.

“Politik adalah untuk mencari penyelesai­an praktikal yang bermanfaat kepada rakyat dan negara,” tambahnya.

Pada Isnin, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah melabelkan cadangan untuk mendapatka­n Perjanjian Malaysia baharu sebagai ‘idea gila’.

“Anda lihat MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) adalah dokumen asas yang membawa kepada pembentuka­n sebuah negara (Malaysia). Sebelum itu tiada Malaysia.

“MA63 malah telah digabungka­n dengan Perlembaga­an Persekutua­n. Sekarang anda mencadangk­an MA63 baharu, yang pada saya, adalah idea gila,” katanya pada sidang media.

Mohamad telah membuat cadangan itu pada Konvensyen BN Sabah di Kota Kinabalu pada 2 Julai lalu.

Beliau dipetik sebagai berkata bahawa gesaannya agar kepimpinan BN Sabah mengemukak­an Perjanjian Malaysia baharu hanyalah cadangan semata-mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia