Utusan Borneo (Sabah)

Model Green Box Bright Up Kiosk suntik semangat pelajar dalam bidang STEM

-

KUCHING: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Roland Sagah menggesa semua sekolah di Tarat membeli sebuah model Green Box Bright Up Kiosk dalam usaha menyuntik semangat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Green Box Bright Up Kiosk yang telah dilaksanak­an Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Teresa Kuching di Balai Raya Kampung Bunga di sini.

“Sarawak juga menuju ke arah pendigital­an dalam pelbagai bidang, Smart City, kemudahan pengangkut­an awam moden dan pendigital­an ekonomi dalam memasarkan produk dan perkhidmat­an dalam dan luar negeri.

“la memerlukan tenaga muda yang sedia menyahut peluang untuk mengisi kepakaran dalam bidang tersebut, maka sepadanlah pelajar diberi pengenalan kepada Green Box Bright Up Kiosk.

“Perkara ini sejajar dengan sasaran MEITD untuk nisbah 60:40 dalam pendidikan STEM perlu diterajui semua pihak bermula dari pendidikan sekolah rendah hingga sekolah menengah,” katanya di sini, semalam.

Sarawak sedang dalam usaha melahirkan masyarakat lestari Society 5.0 seiring dengan hala tuju negara maju seperti Jepun dan Eropah yang mengutamak­an kebajikan masyarakat dalam semua jenis inovasi teknologi.

Pada masa yang sama, Sarawak juga kaya dengan pelbagai sumber tenaga sedang menuju ke arah tenaga hijau atau tenaga diperbahar­ui seperti hidrogen dan tenaga solar.

“Perkara yang kita perlu daripada teknologi ialah kemahuan seperti ekonomi yang sihat, penambahba­ikan kebajikan manusia serta memberi lebih banyak peluang untuk berkembang dan nilai sosial sebagai masa depan untuk masyarakat setempat,” tegasnya.

Sementara itu, guru pembimbing SMK St. Teresa Kuching, Sri Ganapathy Krishnen berkata, konsep pembelajar­an Green Box Tool

Kit juga menepati modul 7 dalam Transforma­si Sekolah 2025 (TS25) iaitu ke arah inovasi dan pendigital­an pendidikan.

“Projek kami yang seterusnya ialah solar bright up kiosk dan penggunaan Artificial Intelligen­t (AI) dalam kiosk untuk memudahkan penggunaan yang lebih mantap,” ujarnya menjelaska­n.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus.

 ?? ?? TERBAIK: Sagah (tiga kiri) bersama John (empat kanan) menunjukka­n tanda bagus selepas mencuba Green Box Bright Up Kiosk pada majlis yang diadakan di Balai Raya Kampung Bunga, Serian.
TERBAIK: Sagah (tiga kiri) bersama John (empat kanan) menunjukka­n tanda bagus selepas mencuba Green Box Bright Up Kiosk pada majlis yang diadakan di Balai Raya Kampung Bunga, Serian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia