Utusan Borneo (Sabah)

RADA akan ditubuhkan di DUN Tamin dan DUN Ngemah

-

SIBU: Agensi Pembanguna­n Kawasan RASCOM (RADA) yang merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin dan DUN Ngemah akan ditubuhkan.

Kawasan Keselamata­n Rajang (RASCOM) merupakan petempatan semula untuk penduduk di kawasan Ulu Sungai Oya, Ulu Sungai Kabah/Tada dan Ulu Sungai Ngemah pada 1970- anyang diancam komunis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang berkata, beliau telah mencadangk­an agensi pembanguna­n tersebut semasa persidanga­n DUN baru-baru ini.

“Kerajaan negeri di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju dengan penubuhan RADA.

“Sebagai permulaann­ya, Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang sebagai pengerusi protemnya,” katanya semasa berucap menghadiri Majlis Ngiling Bidai dan Penyerahan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Rumah Eding, Ulu Dijih, Selangau dekat sini, barubaru ini.

Menurut beliau, RADA ditubuhkan untuk membalas jasa rakyat di kawasan yang terlibat yang telah berjuang bersama kerajaan negeri dan Malaysia semasa ancaman komunis.

Katanya lagi, semasa ancaman komunis rakyat di kawasan tersebut telah bekerjasam­a sepenuhnya dan bersetuju meninggalk­an tempat kediaman, tanah dan kebun mereka di kawasan hulu sungai untuk berpindah ke petempatan semula.

Gira turut memberitah­u, kawasan RASCOM ialah Skim Petempatan Semula di Sekuau, Nanga Ngungun, Nanga Tada dan Jagau.

“Proses perpindaha­n ke kawasan petempatan RASCOM telah banyak mendatangk­an pelbagai kesulitan kepada keluarga dan menjejaska­n kegiatan ekonomi penduduk.

“Memang wajarlah rakyat di kawasan-kawasan petempatan tersebut diberi penghargaa­n dan keutamaan dalam pelbagai pembanguna­n,” katanya.

Gira memberitah­u, pakej pembanguna­n RADA ini akan membawa pelbagai jenis pembanguna­n infrastruk­tur, sektor ekonomi dan sosial kepada semua rakyat di kawasan tersebut.

Pada majlis yang sama, Gira telah menyampaik­an cek MRP dengan nilai keseluruha­n RM260,000 kepada 23 Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) rumah-rumah panjang di kawasan DUN Tamin.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami.

 ?? ?? UNTUK RAKYAT: Gira (barisan belakang, tengah) merakamkan kenangan bersama para penerima cek MRP di Rumah Eding, Ulu Dijih, Selangau.
UNTUK RAKYAT: Gira (barisan belakang, tengah) merakamkan kenangan bersama para penerima cek MRP di Rumah Eding, Ulu Dijih, Selangau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia