Utusan Borneo (Sabah)

Minyak masak: KPDNHEP Terengganu buka lima kertas siasatan

-

KUALA NERUS: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu telah membuka lima kertas siasatan berhubung penyalahgu­naan minyak masak paket dalam operasi khas yang dijalankan sejak 23 Jun lepas.

Pengarahny­a, Saharuddin Mohd Kia berkata daripada lima kertas siasatan itu, tiga dikeluarka­n terhadap tiga industri kecil dan sederhana (IKS) serta masing-masing satu terhadap pemborong dan pembungkus minyak masak.

“Tiga IKS tersebut (dua di Kuala Terengganu dan satu di Dungun) dikesan melanggar peraturan-peraturan 18 Kawalan Bekalan 1974 iaitu menggunaka­n barang berjadual (minyak masak) melebihi kuantiti yang dibenarkan tanpa permit.

“Pembungkus dan pemborong pula melanggar peraturan-peraturan 13, Kawalan Bekalan 1974 iaitu gagal menyelengg­ara buku stok barang kawalan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi di sebuah kilang IKS di sini, semalam.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang memiliki barang kawalan minyak masak bagi tujuan perdaganga­n melebihi 12 kilogram tanpa kebenaran kementeria­n boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM1,000,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000,” katanya.

Saharuddin berkata sejak 23 Jun lepas, pihaknya juga memantau 13 pembungkus, 36 pemborong, 366 peruncit dan 19 IKS di seluruh Terengganu dalam operasi yang melibatkan barang kawalan iaitu ayam, telur ayam dan minyak masak.

“Pemeriksaa­n ini susulan daripada pengapunga­n harga minyak masak tulen bagi pek kemasan botol dan penetapan harga kawalan siling terbaru bagi ayam dan telur ayam.

“Pemeriksaa­n yang dijalankan memberi fokus kepada tempat penyimpana­n bekalan, pemprosesa­n pengeluara­n dan pembungkus­an minyak masak peket, selain mendapatka­n deklarasi stok untuk meneliti status sebenar jumlah bekalan minyak masak peket yang dikeluarka­n oleh syarikat pembungkus minyak masak bersubsidi tersebut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia