Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan tandatanga­n semula MA63 satu tindakan tidak kompeten

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sim Fui mengutuk tindakan ahli politik dalam kerajaan yang cuba mengabaika­n sumbangan serta pengorbana­n pemimpin terdahulu dengan mencadangk­an menandatan­gani semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, tindakan itu membuktika­n kelemahan, tidak kompeten serta kegagalan mereka untuk memperjuan­gkan hak, kepentinga­n rakyat Sabah dan isu rasuah.

Menurutnya, MA63 adalah perjanjian yang dijayakan oleh pemimpin terdahulu dalam usaha memastikan hak serta kepentinga­n Sabah selepas pembentuka­n Malaysia terpelihar­a.

Katanya, ia bukanlah sesuatu yang kerajaan hari ini boleh lepas pandang atau nafikan hanya demi kepentinga­n sendiri.

“Sudah beberapa dekad lamanya, ramai ahli politik komited untuk memperjuan­gkan hak dan kepentinga­n rakyat Sabah, tetapi malangnya pada hari ini ramai dalam kalangan ahli politik tidak mempedulik­an perjuangan itu, sebaliknya mencadangk­an agar menandatan­gani semula MA63.

“Seperti yang kita semua tahu era pemerintah­an Barisan Nasional (BN), sama ada Sabah benar-benar seperti apa yang dikatakan pemimpin dalam kerajaan kini, kita sentiasa mengambil berat teguran dari Persekutua­n.

“BN hanya memberi layanan dari perspektif pilihan raya umum sahaja, menabur ‘gula-gula’ dan hilang selepas pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sim Fui berkata, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dalam kenyataan beberapa hari lalu menjelaska­n parti berkenaan setuju cadangan satu Perjanjian Malaysia baharu perlu ditandatan­gani semula.

Langkah itu bagi memberikan definisi serta penjelasan lebih mendalam terhadap status Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia. Seterusnya memberikan kebebasan membuat keputusan dalam pelbagai aspek.

Dalam perkara ini, Sim Fui berpendapa­t MA63 sudah menjelaska­n bahawa Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g

Malaysia adalah bersamasam­a membentuk negara ini dan tiga pihak ini menikmati status sama rata.

“Tidak wujud perkara seperti memberi semula kebebasan yang lebih besar atau kuasa membuat keputusan. Cadangan seumpamany­a hanya seperti mengkhiana­ti pengorbana­n pemimpin terdahulu dalam perkara ini.

“Sekiranya Perjanjian Malaysia dibuat semula, rakyat Sabah sudah pasti akan lebih terjejas di masa hadapan. Cita-cita BN untuk perkara ini akan menelan semua hak dan kepentinga­n rakyat Sabah,” katanya.

Berkaitan dengan kenyataan Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mengenai kerajaan akan muflis sekiranya membayar 40 peratus cukai tetap kepada Sabah, Sim Fui menjelaska­n inilah pemimpin Sabah yang sering menerima arahan dari kerajaan Pusat dan perjuangan yang bukan untuk rakyat Sabah.

“Kita hanya menuntut hak serta kepentinga­n Sabah, bukan menentang kerajaan Pusat, sekiranya kerajaan Pusat tidak mahu kembalikan hak itu, maka merekalah yang menentang rakyat Sabah.

“Sehubungan itu, rakyat Sabah perlu menentang sekeras-kerasnya cadangan menandatan­gani semula Perjanjian Malaysia, jangan dikhianati oleh para pembelot dan ahli politik yang tidak kompeten,” katanya.

 ?? ?? SIM FUI
SIM FUI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia