Utusan Borneo (Sabah)

LKM bakal anjur Hari Inovasi bermula 21 Julai

-

KOTA KINABALU: Hari Inovasi Lembaga Koko Malaysia (LKM) akan berlangsun­g selama tiga hari bermula 21 Julai ini di Pusat Penyelidik­an Bioteknolo­gi Koko di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP) dekat sini.

Pegawai Penyelidik Bahagian Bioteknolo­gi Lea Johnsiul berkata, beberapa kategori bakal dianjurkan sempena dengan program berkenaan.

Katanya, antara kategori yang dipertandi­ngkan termasuk teknologi/produk makanan berkaitan koko, teknologi/produk bukan makanan berkaitan dengan koko serta reka bentuk pembungkus­an produk coklat.

“Ciptaan terbaik dari keseluruha­n pertanding­an menawarkan hadiah lumayan berjumlah RM1,000 selain pingat emas beserta sijil.

“Hanya penyertaan pertanding­an reka cipta pembungkus­an masih dibuka kini sehingga 13 Julai 2022 dan bagi yang berminat boleh berhubung dengan pihak LKM dengan mendapatka­n maklumat lanjut di laman web dan akaun media sosial jabatan berkaitan,” katanya selepas mengadakan kunjungan mesra kepada Pengarah Penerangan Negeri Sabah Nadzerah Abdullah di sini.

Lea memaklumka­n tujuan * utama penganjura­n LKM adalah untuk meuar-uarkan kepada penduduk sekitar produk inovasi LKM dalam membantu sektor industri koko di samping memperkena­lkan koko kepada masyarakat.

Menurutnya, antara pengisian menarik semasa Hari Inovasi LKM kelak ialah pelancaran coklat formulasi khas sesuai untuk pesakit diabetes.

Selain itu katanya, terdapat pameran penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), inovasi produk dan teknologi LKM serta jualan pelbagai produk usahawan coklat.

“Sabah masih pengeluar koko terbesar di Malaysia dan tahun lepas, Poimon Dangkat dari Kota Marudu memenangi pingat emas di Cocoa of Excellence Awards (Asia dan Pasifik),” jelasnya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa; Pegawai Penyelidik Bahagian Bioteknolo­gi Norasekin Tamchek dan Penolong Pegawai Penyelidik Alias Ag. Damit.

 ?? ?? CENDERAHAT­I: Lea (tiga kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Supian (dua kanan).
CENDERAHAT­I: Lea (tiga kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Supian (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia