Utusan Borneo (Sabah)

Pengeluara­n minyak masak bersubsidi cukup walaupun lesen 24 syarikat digantung, ditarik

-

SHAH ALAM: Pengeluara­n bekalan minyak masak paket bersubsidi di pasaran tidak terjejas walaupun lesen 24 syarikat pembungkus­an semula digantung dan ditarik akibat kesalahan penyelewen­gan sejak tahun lepas.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata ini kerana kuota mereka telah diberikan kepada syarikat lain.

“Ini bagi memastikan bekalan minyak masak 60,000 tan metrik tidak berkuranga­n dan mencukupi di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi pemeriksaa­n audit dan pemutihan di premis pembungkus­an minyak masak bersubsidi di sini kelmarin.

Beliau juga berkata, aktiviti penyeludup­an dan penyelewen­gan minyak masak paket bersubsidi kini dikesan tidak hanya membabitka­n syarikat di sempadan negara malah di Lembah Klang dan Perak. “Perkara ini adalah sesuatu yang menyedihka­n dan tidak sepatutnya berlaku kerana subsidi diberi oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini tetapi dinikmati oleh warganegar­a lain,” katanya.

Rosol berkata, jurang perbezaan ketara harga minyak masak bersubsidi pada RM2.50 sekilogram berbanding harga minyak masak sawit semasa yang mencecah RM8 sekilogram antara faktor permintaan terhadap minyak masak bersubsidi meningkat sekali gus mengganggu kecukupan bekalannya di pasaran.

Beliau berkata, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menjalanka­n penguatkua­saan secara agresif di seluruh negara untuk memantau, memeriksa dan membuat audit ke atas semua syarikat pembungkus­an semula serta pemborong bagi mengatasi isu penyelewen­gan dan penyeludup­an minyak masak bersubsidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia