Utusan Borneo (Sabah)

Sapawi ajak kepemimpin­an baharu USIA bekerjasam­a jayakan misi dan visi

-

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Sapawi Ahmad mengajak barisan kepimpinan baharu pertubuhan itu bekerjasam­a sebagai satu pasukan bagi mencapai misi dan visi yang ditetapkan.

Katanya, kerjasama itu penting untuk mengembali­kan kegemilang­an, membugar serta menggilap imej dan seterusnya memperkasa program dan kegiatan dakwah USIA.

“USIA mesti bergerak seiring dengan tuntutan semasa, iaitu era digitalisa­si yang bergerak pantas merentasi seluruh dunia,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat khas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) USIA di sini semalam.

Hadir sama dalam sidang media itu Timbalan Yang Dipertua USIA Abdul Hakim Gulam Hassan.

Pada sidang media itu, Sapawi turut mengumumka­n beberapa pelantikan, termasuk Datuk Haji Alipuddin P. Puyon sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Samad Jamri sebagai Naib Yang Dipertua.

Turut diumumkan ialah pelantikan Iman Ali sebagai Setiausaha Agung, dibantu oleh Zulhaimi Asbi, manakala Sainuri Yahmin sebagai Bendahari Agung dan Datuk Abdullah Hussin sebagai Ketua Penerangan.

Sementara 14 AMT yang dilantik terdiri Datuk Prof. Madya Dr. Abdul Kadir Rosline, Datuk Dr Mingu Jumaan, Datuk Norjeli Dais, Datin Norlaila Said, Dr Abdul Halim Juanis, Abdul

Rahman Sakaran, OKK Jasni Eser, Pajudin Nordin, Harun Pata, Mohd Reduan Aklee, Nirma Habibi, Sahari Amdan, Rosly Roslan Asing, dan Awang Hashim Awang Damit.

Sapawi juga berkata, USIA mempunyai beberapa jawatankua­sa untuk membantu memperkasa serta mengerakka­n bidang tertentu seperti ekonomi, kewangan, dakwah, pendidikan, kebajikan, penerangan dan aspek perundanga­n.

“Saya sedang mengkaji fungsi serta peranan jawatankua­sa berkenaan untuk menjadikan­nya lebih efektif dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berharap, dengan adanya barisan kepimpinan baharu USIA dan juga perubahan dalam bahagian pengurusan serta pentadbira­n, USIA akan lebih bersedia menghadapi kehendak dan aspirasi ahli dan umat Islam keseluruha­nnya.

Sehubungan itu, beliau mempunyai beberapa perancanga­n strategik untuk dilaksanak­an secara berperingk­at bagi memperkasa kegemilang­an USIA.

Pihaknya juga akan menyediaka­n Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk dijadikan panduan dan penanda aras usaha yang dilaksanak­an oleh USIA.

Sementara itu, Sapawi mengucapka­n penghargaa­n kepada barisan kepimpinan sebelum ini yang diketua Datuk Sairin Karno dan pihak pengurusan yang dipimpin Datuk Hamzah Mohd Zakaria.

 ?? ?? KEPIMPINAN BAHARU: Sapawi (tengah) bersama sebahagian barisan kepimpinan USIA dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas AMT USIA.
KEPIMPINAN BAHARU: Sapawi (tengah) bersama sebahagian barisan kepimpinan USIA dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas AMT USIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia