Utusan Borneo (Sabah)

Atlet triathlon negara perlukan bantuan kewangan sertai kejohanan dunia

- Oleh Hamzah Sanudin

SANDAKAN: Atlet triathlon negara berasal dari Sabah yang berjaya terpilih menyertai Kejohanan Dunia Ironman 70.3 di Amerika Syarikat, pada Oktober ini memerlukan bantuan kewangan dengan segera.

Yatim Zainal Abidin adalah salah seorang daripada dua atlet Malaysia yang berjaya melayakkan diri dalam kejohanan besar berkenaan.

Bagaimanap­un, atlet sukan lasak berkenaan menghadapi masalah kekurangan dana bagi melakukan persediaan sekali gus menyertai kejohanan itu.

Yatim berkata, sekurangku­rangnya RM35,000 diperlukan untuk pembelian tiket penerbanga­n, makanan, tempat tinggal, kos latihan di Sabah serta pelbagai peralatan lagi.

“Secara kasarnya perbelanja­an saya untuk kali ini adalah RM40,000, namun untuk berjimat cermat RM35,000 juga sudah memadai.

“Dana itu adalah untuk persiapan ke Amerika Syarikat termasukla­h kos penerbanga­n, hotel, latihan dan makanan tambahan kerana saya perlu latihan yang ketat setiap hari,” katanya.

Atlet berusia 46 tahun itu berkata, sebelum ini dia sudah menghantar permohonan sokongan kewangan kepada pelbagai pihak.

“Namun, hanya ada satu pihak yang menyalurka­n dana dan ia hanya mencukupi untuk membayar visa ke Amerika Syarikat sahaja.

“Saya sangat berharap agar ada pihak yang tampil memberikan tajaan dan sokongan kewangan secepat mungkin,” katanya.

Beliau perlu mendapatka­n dana selewat-lewatnya September ini kerana perlu bertolak tiga minggu lebih awal ke Amerika Syarikat bagi menjalani latihan di sana.

Jelasnya, sejak tahun lalu dia tidak pernah berhenti melakukan persiapan dan sentiasa menjalani latihan sendiri.

“Ketika ini saya sedang giat mempersiap­kan diri bagi menghadapi kejohanan berkenaan dengan mengadakan latihan berbasikal, berenang dan berlari.

“Dari segi persediaan kali ini, saya lebih terperinci berbanding kejohanan dunia yang pernah saya ikuti tahun lepas di Eropah iaitu Slovakia.

“Pada masa ni, saya sedang membuat latihan secara teratur dan lebih mudah serta mengambil kira masa berlatih iaitu setiap hari, minggu dan bulan,” katanya.

Yatim berkata, kejohanan kali ini adalah kejohanan yang terakhir dia sertai dan selepas itu akan bersara selepas lebih 30 tahun berkecimpu­ng dalam sukan berkenaan.

Justeru, beliau sangat berharap ada pihak menyalurka­n bantuan kewangan dan manamana pihak yang berminat boleh menghubung­inya di talian 011-26198804.

Yatim yang berasal dari Membakut ini pernah menyertai puluhan kejohanan duatlon dan triathlon dalam negara serta sering mendapat tempat tiga terbaik.

Dia juga pernah menjuarai triathlon Samarahan bagi kategori 40 tahun ke atas dua tahun berturut-turut pada 2018 dan 2019.

 ?? ?? KEJOHANAN: Yatim menunjukka­n surat penyertaan Kejohanan Dunia Ironman di Amerika Syarikat.
KEJOHANAN: Yatim menunjukka­n surat penyertaan Kejohanan Dunia Ironman di Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia