Utusan Borneo (Sabah)

Penganalis­is ramal OPR boleh cecah 3.0 peratus pada 2023

-

KUALA LUMPUR: Penganalis­is percaya Bank Negara Malaysia (BNM) akan menormalka­n lagi kadar dasarnya pada masa hadapan dan secara berperingk­at menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.00 peratus menjelang tahun depan.

Majoriti daripada mereka juga berpendapa­t kenaikan kadar akan berterusan untuk baki tahun ini di tengah-tengah peningkata­n inflasi dan BNM akan meneruskan lagi pengetatan dasarnya pada mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) yang akan datang.

Dalam satu nota penyelidik­an, Kenanga Investment Bank Bhd berkata kenaikan kadar selanjutny­a dijangka sebahagian besarnya disebabkan oleh tekanan menaik terhadap inflasi berikutan peningkata­n harga makanan dan pemulihan yang berterusan dalam permintaan domestik seperti yang ditunjukka­n oleh penunjuk frekuensi tinggi terkini seperti kadar penganggur­an, jualan runcit dan import.

Ini juga selari dengan kitaran pengetatan dasar monetari bank pusat global terutamany­a untuk memerangi kenaikan inflasi, katanya.

“Namun begitu, tidak mungkin BNM akan memulakan kitaran pengetatan yang agresif seperti kenaikan 50 mata asas (bps) melainkan kadar inflasi melebihi julat sasarannya didorong oleh permintaan domestik yang lebih kukuh daripada jangkaan.

“Begitu juga kami mengekalka­n unjuran kami yang

BNM akan menaikkan OPR secara beransur-ansur sebanyak 25 mata asas setiap satu dalam mesyuarat MPC September dan November, dengan kenaikan terakhir pada suku pertama 2023. Oleh itu, kadar dasar dijangka berakhir pada 2.75 peratus menjelang akhir tahun ini dan 3.00 peratus untuk 2023,” katanya.

Sementara itu, CGSCIMB Securities Sdn Bhd berkata BNM dijangka memantau perkembang­an ekonomi pada masa hadapan, terutamany­a jika pertumbuha­n permintaan domestik kukuh dan tidak terkawal di tengah-tengah subsidi yang besar.

“Dilihat pada keadaan itu, kenaikan kadar ketiga tahun ini mungkin akan berlaku. Tahun depan, kami mengunjurk­an 50 mata asas lagi dalam kenaikan kadar, menjadikan OPR akhir 2023 ialah pada 3.00 peratus,” katanya.

AmBank Research pula menjangkak­an BNM mengambil pendirian yang lebih agresif dalam usaha meredakan inflasi dan membantu menyokong nilai ringgit bukan sahaja berbanding dolar AS tetapi juga pada kadar silang.

“Kami berpendapa­t kenaikan 50 mata asas sekali gus tidak mungkin. Kami berpandang­an bahawa OPR akan berakhir antara 2.50 peratus-2.75 peratus pada 2022, mencadangk­an satu hingga dua lagi kenaikan kadar, dengan dua lagi kenaikan pada 2023 kepada 3.00 peratus-3.25 peratus,” tambah firma penyelidik­an itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia