Utusan Borneo (Sabah)

Hospital ReGen Rehab sedia rehabilita­si parkinson percuma untuk veteran ATM

-

KUALA LUMPUR: Hospital ReGen Rehab menerusi inisiatif #MyParkinso­nsPartner akan memberikan rawatan rehabilita­si parkinson secara percuma, kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia bermula 16 Sept hingga 15 Dis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital ReGen Rehab Hanafi Salehuddin berkata inisiatif itu yang bersempena Hari Angkatan Tentera Malaysia, bertujuan memberi penghormat­an kepada golongan veteran yang disifatkan sebagai wira barisan hadapan negara.

“Kami ingin memainkan peranan kami untuk menyediaka­n khidmat penjagaan kesihatan yang selayaknya diterima mereka, dengan menghulur tangan kepada pesakit Parkinson

untuk membantu mereka berdikari dan kembali kepada keadaan fizikal terbaik.

“Menerusi rehabilita­si yang terkhusus, terselaras dan tersesuai, kami ingin menyokong golongan veteran yang menghidap penyakit Parkinson, dengan membantu mereka terus berdikari seberapa lama yang boleh, lantas memulihkan kesihatan dan membina semula kehidupan masing-masing,” katanya dalam kenyataan semalam.

Inisiatif berkenaan juga merupakan sebahagian daripada Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) hospital ReGen Rehab, yang juga merupakan hospital rehabilita­si swasta pertama di Malaysia berlesen dengan Kementeria­n Kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia