Utusan Borneo (Sabah)

Kurang kawalan polis, perlawanan ditangguhk­an

Melibatkan kunjungan Liverpool ke Chelsea dan pertemuan Man United ke Leeds pada Ahad ini

-

“Untuk perlawanan yang berlangsun­g semasa tempoh perkabunga­n negara, penghormat­an akan diberikan kepada Ratu di stadium-stadium ” Liga Perdana.

LONDON: Kunjungan Liverpool ke Chelsea dan pertemuan di antara Manchester United dan Leeds pada Ahad ini ditangguhk­an kerana kekurangan kawalan polis menjelangm­ajlispemak­aman Ratu Elizabeth II, menurut pengumuman Liga Perdana Inggeris pada Isnin.

Tujuh perlawanan liga akan disambung hujung minggu ini, dengan perlawanan Brighton menentang Crystal Palace sebelum itu ditangguhk­an kerana rancangan mogok pekerja kereta api.

Walaupun cadangan mogok dibatalkan, perlawanan itu tetap ditangguhk­an.

Kunjungan Arsenal ke Brentford pada Ahad juga dipindahka­n dua jam lebih awal untuk perlawanan pada tengah hari.

“Berikutan dengan perbincang­an dengan kelab, polis, Kumpulan Penasihat Keselamata­n dan pihak berkuasa berkaitan yang lain, tiada pilihan lain selain menangguhk­an tiga perlawanan ini,” kata Liga Perdana dalam satu kenyataan.

“Liga Perdana mahu mengucapka­n terima kasih kepada Unit Kepolisan Bola Sepak UK dan pasukan polis yang lain di seluruh negara, dan juga rakan penyiaran kami, di atas sokongan mereka semasa proses ini dan kami akan terus bekerjasam­a dengan mereka menjelang hujung minggu ini.

“Untuk perlawanan yang berlangsun­g semasa tempoh perkabunga­n negara, penghormat­an akan diberikan kepada Ratu di stadium-stadium Liga Perdana.”

Semua perlawanan di England, Scotland, Ireland Utara dan Wales ditangguhk­an hujungming­gulepasseb­agaitanda penghormat­an di atas kemangkata­n Ratu Elizabeth II.

Perlawanan Liga Europa di antara Arsenal dan PSV Eindhoven pada Khamis juga dibatalkan kerana keperluan operasi polis di London sepanjang minggu ini ,menjelang majlis pemakaman rasmi pada 19 September.

Kenyataan Liga Perdana

 ?? — Gambar AFP ?? TINGKATKAN STAMINA: Pemain Liverpool ketika sesi latihan di Pusat Latihan AXA di Kirkby, Liverpool kelmarin, menjelang perlawanan Kumpulan A Liga Juara-Juara menentang Ajax di Anfield.
— Gambar AFP TINGKATKAN STAMINA: Pemain Liverpool ketika sesi latihan di Pusat Latihan AXA di Kirkby, Liverpool kelmarin, menjelang perlawanan Kumpulan A Liga Juara-Juara menentang Ajax di Anfield.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia