Utusan Borneo (Sabah)

Pengedar dadah ditahan bersama 1.7 kg syabu

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Dua lelaki disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah Semporna berjaya diberkas dalam satu serbuan di sebuah hotel, di sini pada Ahad lalu.

Tangkapan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Semporna, kira-kira jam 11.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Semporna Superinten­den Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, serbuan dilakukan selepas menerima maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah yang dilakukan oleh suspek terbabit.

Katanya, hasil serbuan itu, polis mendapati terdapat dua lelaki berumur 29 dan 31 tahun di dalam bilik hotel tersebut.

“Siasatan awal, salah seorang daripada mereka adalah warga asing dan disyaki aktif melakukan pengedaran dadah di sekitar daerah ini.

“Polis turut menemukan beberapa paket lutsinar pelbagai saiz berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 1,745.37 gram di dalam sebuah beg galas milik mereka,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, semua suspek dan syabu yang dianggarka­n bernilai RM130,000 itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan lanjut.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 15 Mei lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Mohd Farhan mengucapka­n terima kasih kepada orang awam yang telah menyalurka­n maklumat berkenaan pengedaran dadah di daerah ini.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah diminta menghubung­i balai polis berhampira­n.

“Polis tidak akan berkomprom­i dengan manamana pihak yang boleh menjejaska­n kesejahter­aan dan ketenteram­an rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia