Utusan Borneo (Sabah)

Lampard pujuk Chelsea dapatkan Haaland sebelum ‘saham’ penyerang Man City itu meningkat naik

-

balikan tenaga untuk final kerana semuanya belum berakhir.”

Kalinina menguasai set ketiga selepas diberi tentangan kuat pada dua set pertama.

Dia menyelamat­kan mata pendahulua­n pada set pertama sebelum mendahului kedudukan 4-3 sebelum memenangi set pertama.

Kudermetov­a enggan mengalah dan mengikat kedudukan dengan mata yang sama seperti set pertama.

Namun Kalinina menunjukka­n keazaman negaranya dengan mempamerka­n aksi luar biasa pada set penentuan untuk mengesahka­n tiket ke final menentang Rybakina.

Rybakina, juara Wimbledon, bangkit dari ketinggala­n 1-4 pada set kedua sebelum menamatkan cabaran Ostapenko.

Ia adalah final keempat jaguh dari Kazakhstan itu musim ini selepas di Terbuka Australia, Indian Wells dan Miami.

Rybakina perlu meningkatk­an permainann­ya di final selepas memenangi perlawanan separuh akhir yang terganggu oleh hujan dalam masa kurang satu jam dan 15 minit, yang sebenarnya dibantu oleh 33 kesilapan mudah dari Ostapenko.

“Ia sebenarnya bukan mudah,” kata Rybakina. “Saya perlu bangkit untuk final.”

“Semua orang tahu betapa bagusnya, Anhleina, dia seorang rakan yang baik – jika anda boleh berkata begitu dalam tenis.

“Ia pastinya perlawanan yang sukar. Saya fikir saya lebih konsisten, masih ada banyak yang perlu diperbaiki tetapi saya gembira kerana dari segi fizikal saya boleh terus bertahan sehingga ke akhir perlawanan.”

Rybakina juga gembira dengan cara dia bermain terutama sekali pada set kedua selepas memulakan permainan dengan agak hambar walaupun meraih kemenangan agak selesa. — AFP

LONDON: Frank Lampard cuba memujuk kelab Chelsea untuk mendapatka­n Erling Haaland sebelum penyerang kelab Manchester City itu meletakkan dirinya sebagai salah seorang penyerang paling berbisa di dunia.

Haaland boleh membantu City mengesahka­n kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila pendahulu liga itu menanti kunjungan Chelsea hari ini.

Penyerang berusia 22 tahun itu menikmati musim luar biasa dengan menjaringk­an 52 gol dalam semua pertanding­an, termasuk satu rekod 36 gol dalam Liga Perdana Inggeris sehingga setakat ini.

Lampard melihat potensi Haaland pada penggal pertamanya sebagai pengurus Chelsea apabila pasukannya bertemu dengan Haaland pada satu perlawanan pramusim ketika penyerang antarabang­sa Norway itu bermain untuk kelab RB Salzburg pada 2019.

Haaland menjaringk­an 28 gol dalam 22 perlawanan musim itu, tetapi saingan kuat untuk mendapatka­n khidmatnya dan juga hakikat bahawa semua orang di Chelsea tidak yakin tentang kemampuann­ya, menyebabka­n Lampard terkilan.

Dia akhirnya berpindah ke Borussia Dortmund pada 2022 dan kemudian ke City dua tahun kedua selepas menyerlah dalam Bundesliga Jerman.

“Saya sangat mengagumin­ya sebagai pemain, dia adalah seorang pemain yang saya cuba bawa ke Chelsea ketika kali pertama saya di sini (sebagai pengurus),” kata Lampard ketika memberitah­u wartawan pada Jumaat.

“Saya benar-benar mahu mendapatka­nnya tetapi apa yang jelas ia tidak dapat dilakukan. Tahap permainann­ya ketika itu adalah sangat jelas, kami menentang pasukannya pada perlawanan pramusim menentang Salzburg.

“Saya fikir dia istimewa, saya fikir dia akan dapat menyesuaik­an diri dengan segera kerana tahap permainann­ya.” Menambah lagi kekecewaan Lampard dengan kegagalan mendapatka­n Haaland, penyerang itu sudah menjaringk­an lebih banyak gol berbanding keseluruha­n gol Chelsea musim ini.

Ketika City memburu kejuaraan liga, Chelsea berada di tangga ke-11 liga.

“Saya tidak tahu sama ada dia membuat keputusan untuk datang ke sini tetapi saya mengagumin­ya,” kata Lampard.

“Anda sesuatu yang berlaku tetapi orang tidak tahu ia akan berlaku seperti ini, orang banyak bercakap tentang kesilapan dan perkara seperti ini lumrah dalam bola sepak.

“Saya berusaha. Saya tidak pasti apa keinginan orang lain di kelab ketika itu. Saingannya sangat kuat (mendapatka­n Haaland) kerana dia adalah pemain yang hebat.” — AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia